Pages

Monday, April 16, 2012

ILHAM DI TEPI TASIK - DANAU TOBA

Assalamualaikum,

27-31 Mac 2012 - Medan, Indonesia. Aku terpaku bila pertama kali melihat Tasik Toba dari kejauhan, apatah lagi bila berada berdekatan, seindah yang sering digambarkan melalui cerita-cerita mereka yang pernah mengunjunginya, sering menjadi ilham pengkagumnya. Kali ini aku biarkan rakaman-rakaman foto berkaitan Tasik Toba bercerita dan mengisahkan kebenarannya...Allah Maha Besar.

 
 

Aktiviti popular pada awal pagi di Danau Toba ialah berbasikal mengelilingi Pulau Simosir. Selain dapat excercise, berbasikal memang menjadi pilihan kerana berpeluang melihat keadaan sekeliling dan juga keindahan Tasik Toba. Terdapat juga gerai yang menjual cenderamata di sepanjang perjalanan mengelilingi pulau.

Acara yang ditunggu-tunggu


Berastagi@Brastagi

Selain Danau Toba, satu lagi lokasi menarik yang mesti dikunjungi jika ke Medan ialah Berastagi@Brastagi, kira-kira empat hingga lima jam perjalanan dari kota Medan. Lokasi ini terletak di kawasan tanah tinggi, so keadaannya memang sejuk terutama pada sebelah malam dan awal pagi. Memang indah menyaksikan detik-detik terbitnya sang mentari di ufuk timur sambil menghirup udara segar. Jadi, memang aku tak lepaskan peluang untuk jalan-jalan pada awal pagi di sekitar hotel penginapan iaitu Hotel Sinabung. Paling menarik, boleh juga dilihat gunung berapi iaitu Gunung Sibayak yang masih aktif mengeluarkan asap panas.


Brastagi merupakan lokasi pertanian bersesuaian dengan iklimnya yang sejuk. Jadi tidak hairanlah jika banyak terdapat ladang atau kebun-kebun sayur seperi kobis, daun bawang, tomato dan juga strawberi. Kawasan ini juga berhampiran dengan lokasi kawasan Air Panas Semangat Gunung dan Air Panas Lau Debuk-Debuk. Sementara itu, kita juga boleh membeli cenderamata di pekan Brastagi yang berhampiran dengan tempat penginapan. Salah satu produk yang popular di sini ialah air tebu. Memang rasanya manis kerana tebunya agak istimewa jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Selain itu, bagi peminat-peminat bunga boleh juga mendapatkan 'stok' sama ada yang telah sedia ada atau biji benih. Tapi aku tak pastilah boleh hidup atau tidak jika ditanam di Malaysia memandangkan keadaan iklim yang agak berbeza. 


Jadi, itulah serba sedikit perkongsian aku tentang dua lokasi popular di Medan iaitu Lake Toba dan Brastagi. Apa pun, ia merupakan suatu pengalaman yang mungkin tidak akan dilupakan. Jadi, kepada sesiapa yang berhasrat berkunjung ke Medan lepas ni, pastikan melawat ke lokasi-lokasi ini. Walaupun agak jauh dari kota Medan, tapi aku gerenti memang berbaloi. Jauh perjalanan luas pengalaman, bertambah iman. Sampai jumpa lagi. Horas !

No comments:

Post a Comment