Pages

Tuesday, December 16, 2008



PRESIDEN BUSH, KASUT DAN ANJING (2) - Kegerhanaan di senja kuasa


Kisah semalam terus menarik perhatian. Jadi, saya sertakan gambar berkaitan peristiwa yang semua telah sedia maklum. Begitulah, ucapan 'selamat tinggal' yang diberikan kepada Bush. Bagi orang Arab, melemparkan kasut kepada seseorang merupakan tanda penghinaan terhadap individu tersebut. Jika kita masih ingat, pada saat-saat kejatuhan Presiden Saddam Hussien, patung besar beliau turut dijatuhkan dan beberapa orang pemuda Iraq memukul kepala patung tersebut dengan menggunakan kasut. Mungkin itulah satu-satunya kenangan yang paling tidak dapat dilupakan oleh Presiden Amerika itu sepanjang hayatnya.






Monday, December 15, 2008

PRESIDEN BUSH, KASUT DAN ANJING
Bush ducks flying shoes flung by reporter
BAGHDAD — President Bush quickly ducked when a pair of shoes were hurled at him Sunday, but the protest showed it will be tougher to sidestep anger over the war here.
.
"This is a gift from the Iraqis. This is the farewell kiss, you dog," Muntadar al-Zeidi shouted in Arabic as he threw his shoe at Bush during a news conference with Iraqi Prime Minister Nouri al-Maliki. The shoe narrowly missed the president's head.
---------
Saya agak terperanjat dengan berita malam ini. Berita yang agak luar biasa. Seorang pemimpin politik yang sentiasa merasakan dirinya bertindak tepat dan betul akhirnya dihadiahkan campakkan sepasang kasut semasa lawatannya di Iraq. Satu mesej keras buat wakil wartawan Iraq bahawa apa yang diusahakan oleh Bush dan pentadbirannya di Iraq adalah satu kegagalan yang memalukan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman http://www.usatoday.net/ atau http://news.bbc.co.uk/

Saturday, December 13, 2008

SEMESTER BARU, AZAM BARU DAN TAHUN BARU

Bermula minggu hadapan, 15 Disember-31 Disember, pendaftaran untuk semester ke-2 sesi 2008/2009 akan bermula. Ini bermakna saya akan meneruskan pengajian dalam semester yang ke-4. Walaupun di atas kertas, semester ke-4 ini lazimnya merupakan semester yang terakhir, tetapi ia bergantung kepada keadaan sama ada berjaya menyelesaikan kajian ilmiah ataupun sebaliknya. Jika itu yang berlaku, terpaksalah menyambung lagi pengajian untuk satu semester lagi bagi menyelesaikan kajian tersebut. Tambahan pula, banyak kesukaran yang perlu dihadapi untuk menulis kajian ilmiah dalam bidang sejarah, terutamanya dalam memperoleh sumber-sumber penulisan yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Semestinya bagi memperoleh sumber yang dikehendaki, Arkib Negara Malaysia yang terletak di Jalan Duta wajib dikunjungi, ibarat sudah menjadi rumah kedua. Saya tidak nafikan, hampir 90% sumber kajian terdapat di sini. Sudah tentu, ia menuntut banyak pengorbanan - masa, tenaga, kewangan, juga hati dan perasaan turut 'terkorban' dalam perjuangan ini.

Selain itu, keputusan peperiksaan untuk semester 3 yang lalu turut dikeluarkan pada minggu hadapan. Harapan saya semoga keputusan tersebut lebih baik dari dua semester yang sebelumnya. Sekurang-kurangnya berbaloi jugak bila mengenangkan segala yang telah dilalui selama tiga semester ini. Kalau ada rezeki dan diizinkan Allah s.w.t., insyaallah bulan Ogos tahun 2009 boleh konvo, jika tidak, Ogos 2010. Tetapi, yang penting bagi saya buat masa ini ialah mencuba untuk menamatkan pengajian, tidak kira berapa lama tempoh masa yang digunakan. Mudah-mudahan kita semua sentiasa beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Juga, tahun baru 2009 bakal menjelma. Sudah pasti ada azam yang bakal dilafazkan kelak bagi menyahut cabaran tahun baru.

Sekian, jumpa lagi.....


Thursday, December 11, 2008

TERSUNGKUR DAN TERSINGKIR


Setelah kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh, satu lagi tragedi melanda. Harapan yang menggunung berkecai. Kegagalan yang berterusan. Skuad bolasepak kita tersungkur pada perlawanan terakhir menentang Thailand 3-0 dalam Kejohanan Piala Suzuki yang sedang berlangsung di Thailand. Skuad bola sepak kita tersingkir dan harapan untuk melihat aksi mereka di peringkat separuh akhir (target asal peringkat akhir) tidak kesampaian. Mungkin kita terpaksa menunggu lagi selepas ini untuk mengecapi kejayaan gemilang skuad bola sepak negara.


Wednesday, December 10, 2008

DERHAKA KEPADA ALAM?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang telah mengakibatkan kerosakan teruk dan juga mengorbankan empat orang penduduk di situ. Saya mengikuti dengan teliti dan sering mendapatkan maklumat terkini daripada media massa tentang tragedi tersebut. Jelas, sebagaimana yang diketahui umum, kejadian ini bukanlah yang pertama kali berlaku di tempat tersebut. Malahan, jika dilihat beberapa rentetan peristiwa kejadian tersebut, ia sebenarnya telah berlaku beberapa kali dan tidak kurang juga puluhan nyawa yang telah menjadi korban.

Kita ucapkan takziah kepada keluarga dan mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi yang amat menyayat hati ini. Semoga mereka tabah meghadapi dugaan, apatah lagi dalam keadaan sekarang, walaupun cuti persekolahan ada beberapa minggu lagi, tetapi kejadian seperti ini sudah tentu merencatkan sedikit sebanyak perediaan mangsa untuk membuat persiapan bagi anak-anak mereka yang akan kembali ke sekolah.

Sesuatu yang dapat kita lihat di sebalik tragedi ini ialah sikap segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan memecah masuk kediaman-kediaman yang ditinggalkan oleh mangsa yang terlibat. Ini menambahkan lagi derita dan kepayahan mangsa-mangsa yang sudah kehilangan harta benda dan pada waktu yang sama terpaksa pula menghadapi masalah yang lain.

Saya amat berasa terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh salah seorang penghuni banglo yang terlibat dengan memberikan kebenaran agar sebahagian daripada kawasan rumahnya dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan alternatif bagi membolehkan mangsa-mangsa lain berpindah dengan cepat dan dalam keadaan yang selamat. Mudah-mudahan pengorbanan dan budi baik individu tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Saya masih teringat-ingat kata beliau '...jika hendak dibandingkan kawasan rumah saya yang tidak seberapa ini dengan beribu-ribu manga yang terperangkap, apa yang saya lakukan ini tidaklah merupakan suatu sumbangan yang besar. Nyawa mangsa lain lebih utama dari kawasan rumah saya ini...'

Sehingga kini, operasi menyelamat masih diteruskan. Cuma, tragedi seperti ini juga telah mendedahkan kepada umum tentang sikap 'tidak apa' dan kurang peka terhadap aduan-aduan yang telah dikemukakan oleh penduduk terbabit sebelum ini kepada pihak berkuasa. Sebenarnya, tragedi ini memperlihatkan sikap sesetengah individu yang tidak mengambil iktibar dari peristiwa yang lalu. Kegiatan pembangunan di kawasan lereng bukit tidak sepatutnya dilaksanakan denga begitu rancak sehingga mengakibatkan kesan yang tidak kurang hebatnya. Walaupun ada garis panduan yang disediakan, tetapi bukan semuanya diikuti serta dipatuhi. Oleh yang demikian, peristiwa yang telah berlaku baru-baru ini dapat memberikan pengajaran buat semua pihak agar berhati-hati pada masa hadapan. Sesungguhnya sejarah merupakan guru yang terbaik.
Kota Warisan, Sepang.