Pages

Wednesday, September 26, 2012

MALAM INI PENYU MENANGIS




PUISI PENYU
(Sempena Rehlah Tarbawi di Cherating-Kemaman, 
21-23 September 2012) 


Bergurau senda di rantau adik
Bergetak ketawa di rantau abang
Tetamu bertemasya lalu mengusik
Jantung hatinya berlubang

Siapa tahu matanya kelabu
Siapa tahu dadanya sesak sebak
Sedang air matanya berguguran
di atas lubang yang dikambus
Sering digali orang
Namun demikian penyu bertelur seumur

Telurnya berlubang segar
Telurnya mewangi pantai timur
Telurnya berisi penawai

Demikianlah nyanyian
Lagu puisi penyu
Dalam derita menabur jasa

(Nukilan : Allahyarham J.M Aziz) - Al-Fatihah

Tuesday, September 18, 2012

KELEBIHAN BERSEDEKAH


Penyusun: Muhammad Muhyidin
Penerbit: PTS Milenia 2011

Assalamualaikum wbt,

Maklumat mengenai kelebihan-kelebihan bersedekah ini saya petik dari blog www.peribadirasulullah.wordpress.com. Mudah-mudahan ia menjadi peringatan buat diri saya sendiri dan juga buat semua pengunjung blog ini, Insyaallah.

5 Kelebihan Sedekah di Dunia

1-Harta penderma sentiasa Suci.
2-Tubuh Badan penderma sentiasa sihat.
3-Bala dan Penyakit penderma akan tertolak.
4-Penderma akan lebih bersemangat beribadat kepada Allah.
5-Harta penderma akan diberkati dan akan bertambah.

5 Kelebihan Penderma Di Akhirat

1-Awan akan melindunginya dari panas semasa di Akhirat.
2-Allah akan meringankan hisab penderma di Akhirat.
3-Allah akan memberi bonus pada timbangan amalan kebajikan.
4-Allah akan membantu penderma semasa melalui Sirat Mustaqim.
5-Allah akan menambah darjat kedudukanya di dalam Syurga.

Manakala, maklumat mengenai tajuk buku di atas saya petik dari blog www.pustakaalghazali.wordpress.com. 

Sinopsis: Buku ini menghuraikan mengenai keajaiban, kelebihan, misteri dan rahsia keagungan ibadah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada Muslim yang sanggup bersedekah.

Buku ini juga membicarakan mengenai keajaiban sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan. Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah. Ia juga menjelaskan mengenai kelebihan sedekah dalam menghindari penyakit dan memanjangkan usia.

P/S :- Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak akan memberikan dorongan kepada kita untuk melakukan amalan bersedekah. 

Wednesday, September 5, 2012

TIPS LIBUR@BANDUNG - BUDGET PACKAGE (Local Guide)



Assalamualaikum wbt,


Bandung merupakan antara destinasi pelancongan popular bagi rakyat Malaysia. Selain mempunyai pelbagai tempat menarik, ia juga sinonim dengan kepelbagaian barangan / cenderamata yang menawarkan harga yang murah dan berbaloi. Oleh itu, kami berasa terpanggil untuk menawarkan pilihan bagi pakej melancong ke Bandung agar lawatan anda menjadi begitu bermakna. Berdasarkan kepada pelbagai pertanyaan tentang pakej lawatan ini, di sini disertakan pakej lawatan ke Bandung untuk 5 H 4 M. Pakej 4 H 3 M dan Pakej 3 H 2 M juga disediakan dengan harga yang begitu berpatutan dan mengikut bilangan peserta dalam kumpulan, kesesuaian masa serta lokasi yang dipilih.