Pages

Saturday, December 13, 2008

SEMESTER BARU, AZAM BARU DAN TAHUN BARU

Bermula minggu hadapan, 15 Disember-31 Disember, pendaftaran untuk semester ke-2 sesi 2008/2009 akan bermula. Ini bermakna saya akan meneruskan pengajian dalam semester yang ke-4. Walaupun di atas kertas, semester ke-4 ini lazimnya merupakan semester yang terakhir, tetapi ia bergantung kepada keadaan sama ada berjaya menyelesaikan kajian ilmiah ataupun sebaliknya. Jika itu yang berlaku, terpaksalah menyambung lagi pengajian untuk satu semester lagi bagi menyelesaikan kajian tersebut. Tambahan pula, banyak kesukaran yang perlu dihadapi untuk menulis kajian ilmiah dalam bidang sejarah, terutamanya dalam memperoleh sumber-sumber penulisan yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Semestinya bagi memperoleh sumber yang dikehendaki, Arkib Negara Malaysia yang terletak di Jalan Duta wajib dikunjungi, ibarat sudah menjadi rumah kedua. Saya tidak nafikan, hampir 90% sumber kajian terdapat di sini. Sudah tentu, ia menuntut banyak pengorbanan - masa, tenaga, kewangan, juga hati dan perasaan turut 'terkorban' dalam perjuangan ini.

Selain itu, keputusan peperiksaan untuk semester 3 yang lalu turut dikeluarkan pada minggu hadapan. Harapan saya semoga keputusan tersebut lebih baik dari dua semester yang sebelumnya. Sekurang-kurangnya berbaloi jugak bila mengenangkan segala yang telah dilalui selama tiga semester ini. Kalau ada rezeki dan diizinkan Allah s.w.t., insyaallah bulan Ogos tahun 2009 boleh konvo, jika tidak, Ogos 2010. Tetapi, yang penting bagi saya buat masa ini ialah mencuba untuk menamatkan pengajian, tidak kira berapa lama tempoh masa yang digunakan. Mudah-mudahan kita semua sentiasa beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Juga, tahun baru 2009 bakal menjelma. Sudah pasti ada azam yang bakal dilafazkan kelak bagi menyahut cabaran tahun baru.

Sekian, jumpa lagi.....


1 comment:

  1. kuatkan usaha dan semangat...berusaha dan tawakal.
    insyallah tercapai segala yang diidamkan.

    ReplyDelete