Pages

Wednesday, December 10, 2008

DERHAKA KEPADA ALAM?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang telah mengakibatkan kerosakan teruk dan juga mengorbankan empat orang penduduk di situ. Saya mengikuti dengan teliti dan sering mendapatkan maklumat terkini daripada media massa tentang tragedi tersebut. Jelas, sebagaimana yang diketahui umum, kejadian ini bukanlah yang pertama kali berlaku di tempat tersebut. Malahan, jika dilihat beberapa rentetan peristiwa kejadian tersebut, ia sebenarnya telah berlaku beberapa kali dan tidak kurang juga puluhan nyawa yang telah menjadi korban.

Kita ucapkan takziah kepada keluarga dan mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi yang amat menyayat hati ini. Semoga mereka tabah meghadapi dugaan, apatah lagi dalam keadaan sekarang, walaupun cuti persekolahan ada beberapa minggu lagi, tetapi kejadian seperti ini sudah tentu merencatkan sedikit sebanyak perediaan mangsa untuk membuat persiapan bagi anak-anak mereka yang akan kembali ke sekolah.

Sesuatu yang dapat kita lihat di sebalik tragedi ini ialah sikap segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan memecah masuk kediaman-kediaman yang ditinggalkan oleh mangsa yang terlibat. Ini menambahkan lagi derita dan kepayahan mangsa-mangsa yang sudah kehilangan harta benda dan pada waktu yang sama terpaksa pula menghadapi masalah yang lain.

Saya amat berasa terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh salah seorang penghuni banglo yang terlibat dengan memberikan kebenaran agar sebahagian daripada kawasan rumahnya dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan jalan alternatif bagi membolehkan mangsa-mangsa lain berpindah dengan cepat dan dalam keadaan yang selamat. Mudah-mudahan pengorbanan dan budi baik individu tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. Saya masih teringat-ingat kata beliau '...jika hendak dibandingkan kawasan rumah saya yang tidak seberapa ini dengan beribu-ribu manga yang terperangkap, apa yang saya lakukan ini tidaklah merupakan suatu sumbangan yang besar. Nyawa mangsa lain lebih utama dari kawasan rumah saya ini...'

Sehingga kini, operasi menyelamat masih diteruskan. Cuma, tragedi seperti ini juga telah mendedahkan kepada umum tentang sikap 'tidak apa' dan kurang peka terhadap aduan-aduan yang telah dikemukakan oleh penduduk terbabit sebelum ini kepada pihak berkuasa. Sebenarnya, tragedi ini memperlihatkan sikap sesetengah individu yang tidak mengambil iktibar dari peristiwa yang lalu. Kegiatan pembangunan di kawasan lereng bukit tidak sepatutnya dilaksanakan denga begitu rancak sehingga mengakibatkan kesan yang tidak kurang hebatnya. Walaupun ada garis panduan yang disediakan, tetapi bukan semuanya diikuti serta dipatuhi. Oleh yang demikian, peristiwa yang telah berlaku baru-baru ini dapat memberikan pengajaran buat semua pihak agar berhati-hati pada masa hadapan. Sesungguhnya sejarah merupakan guru yang terbaik.
Kota Warisan, Sepang.

3 comments:

  1. Subjek Geografi dah terpingir. Manusai dah tak kenal alam mereka...

    ReplyDelete
  2. tapi manusia mcm x belajar ..tempat tu kan mmg tempat tanah runtuh....

    ReplyDelete