Pages

Friday, November 28, 2008

Somchai isytihar darurat, Thailand di ambang rampasan kuasa

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat mengisytiharkan perintah darurat di dua buah lapangan terbang yang dikepung penunjuk perasaan semalam ketika khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan rampasan kuasa.

Kerajaan Thailand yang sedang dibelenggu masalah, merayu kepada tentera supaya mengelak daripada mengadakan rampasan kuasa bagi menyelesaikan krisis politik semasa ekoran khabar angin mengenai campur tangan tentera.

Jurucakap kerajaan, Natthawut Saikua memberitahu media ketika sedang berlangsung mesyuarat Kabinet di bandar raya Chiang Mai, utara Thailand, bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk memecat Panglima Tentera Anupong Paochinda.

“Saya keluar daripada mesyuarat Kabinet untuk membuat pengumuman yang penting ini. Tolong jangan adakan satu lagi rampasan kuasa,” katanya.

Sejak pagi semalam, terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa kereta kebal dan tentera sedang dalam perjalanan ke ibu negara Thailand ini.

Pada Rabu lalu, Anupong berkata Somchai perlu membubarkan parlimen bagi menamatkan kekacauan setelah beribu-ribu penentang kerajaan menutup Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang.

No comments:

Post a Comment