(Sambungan)
Tentu ada yang gusar kenapa wajah negatif Melayu dipaparkan terus. Apakah tidak cukup dengan pelbagai perbuatan membantai Melayu pada zaman sekarang oleh pelbagai pihak termasuk daripada mulut pemimpin Melayu sendiri ( seperti ungkapan "Melayu mudah lupa"). Lebih teruk lagi apabila ada pemimpin dengan kekuasaannya mengurangi hak Melayu kerana hendak mengambil hati dan undi orang bukan Melayu.Mari kita berhadapan dengan kenyataan-- pandangan baik dan juga pandangan yang buruk. Itu lebih bermanfaat daripada hidup dalam ilusi dan ketaksuban mimpi indah tentang diri sendiri. Orang Melayu mesti insaf akan persepsi orang terhadap dirinya meskipun getir rasanya. Orang Melayu mesti bangun daripada kelekaan dan menggelidah diri yang dinafikan; dan memutuskan jenis watak bangsa yang hendak dibentuk. Ini adalah waktu yang tepat untuk berdiri, menilai situasi sosial, budaya, kepemimpinan dan polititk.Tentang gambaran Melayu dalam persuratan asing: Inggeris, Perancis, Itali, Cina dan Jepun, Prof. Muhammad Hj. Salleh telah menulis sebuah esei yang sangat menarik untuk diteliti: "Malaysia dlam Kesusasteraan Dunia" dlm. Menyeberang Sejarah (Kumpulan Esei Pilihan), DBP.1999. Dia telah merujuk banyak karya dari Barat dan Timur . Salah sebuah gambaran lukisan novelis terkenal Conrad terhadap seorang Bugis di Sulawesi Selatan seperti yang terdapat dalam esei:"...bentuk badannya lembut sederhana tinggi dan bidang bahunya yang lebar menunjukkan kekuatannya...wajahnya penuh dengan keazaman dan membayangkan sifat keberanian berjenaka , akan tetapi masih memelihara kemuliaan dirinya. Dagu berbentuk segi empat , merah dan tebal, lubang hidung bergerak-gerak dan cara kepalanya tegak megah memberikan kesan bahawa dia adalah separuh liar , tidak jinak, mungkin kejam , dan mengatasi kelembutan sepasang mata keperempuanan, yang menjadi ciri am bangsa ini " (halaman 498)
No comments:
Post a Comment