16 Jun 2011 (Khamis), jam 0900.
Sebelum menjengah ke Taman Negara Bako, kita pasti terlebih dahulu akan menikmati pemandangan Kampung Bako kerana jeti ke taman negara terletak berhampiran dengan kampung ini - hanya dipisahkan oleh sebatang sungai yang akhirnya memberi gambaran bahawa lokasi perkampungan ini terletak di muara sungai. Bersesuaian dengan lokasinya ini, maka kegiatan utama penduduk kampung ialah menangkap hasil laut ataupun menjadi nelayan sama ada secara sepenuh masa atau pekerjaan sambilan. Tidaklah juga menghairankan apabila terdapat sebuah pasar nelayan yang terletak berhampiran dengan jeti ke taman negara - berperanan sebagai medium pemasaran hasil laut seperti ikan, udang dan sotong serta produk yang berkaitan seumpama belacan, ikan masin dan lain-lain. Menurut penduduk tempatan, bulan April hingga Mei pada setiap tahun merupakan musim udang dan peminat-peminat setia hasil laut ini akan datang membanjiri pasar nelayan bagi mendapatkan bekalan udang segar! Begitulah antara keistimewaan yang terdapat di kawasan Kampung Bako.
Gambar 1 :
Pemandangan Kg Bako dari masjid yang terletak di atas bukit
Pemandangan Kg Bako dari masjid yang terletak di atas bukit
Gambar 2 :
Antara laluan kaki (siar kaki) di kawasan kampung
Antara laluan kaki (siar kaki) di kawasan kampung
Gambar 3 :
Salah sebuah rumah yang terdapat di Kg Bako (sebenarnya rumah ini milik Tn Hj Ajus Sirat, bapa angkat penulis sejak 1999)
Salah sebuah rumah yang terdapat di Kg Bako (sebenarnya rumah ini milik Tn Hj Ajus Sirat, bapa angkat penulis sejak 1999)
Sebenarnya ada lagi gambar yang ingin dikongsi bersama....Secara peribadi, penulis mula mengunjungi Kg Bako sekitar tahun 1998 ketika masih menuntut di Universiti Malaya. Kunjungan tersebut lebih merupakan 'survey' kerana pada ketika itu, Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi (yang mana penulis pernah menjadi Presiden JTK) bercadang untuk mengadakan projek OPKIM - Operasi Khidmat Masyarakat yang begitu sinonim dengan para pelajar IPTA. Melalui seorang kenalan, penulis berkunjung ke Kg Bako untuk menguruskan program tersebut dan berjumpa dengan beberapa pihak yang terlibat seperti Ketua Kampung. Dari situlah bermulanya perkenalan penulis dengan Hj Ajus (secara kebetulan beliau merupakan ketua Kg Bako). Lebih menarik lagi, apabila program tersebut di jalankan pada tahun 1999, Hj Ajus telah sudi menjadikan penulis sebagai anak angkat beliau selama lebih kurang seminggu. Bermula detik itu, setiap kali berkunjung ke Kuching, penulis tidak pernah gagal untuk mengunjungi beliau sekeluarga.
Bersesuaian dengan fungsi ekonomi penduduknya yang menjadi nelayan, maka jika kita mengunjungi kampung ini akan kelihatan bot-bot nelayan yang saiznya berskala kecil diletakkan di tepi-tepi sungai berhampiran dengan kediaman mereka. Apa yang menarik ialah rumah-rumah di sini terutama yang terletak berhampiran dengan sungai dibina dengan lebih tinggi kerana air sungai akan melimpah setiap kali berlakunya kejadian air laut pasang. Oleh yang demikian, sewajarnya keindahan kawasan perkampungan nelayan ini dapat dikekalkan dan penulis ingin menyarankan bahawa lokasi ini juga amat sesuai untuk dilawati sebelum atau selepas berkunjung ke Taman Negara Bako. Banyak lagi yang ingin dicoretkan tapi cukup setakat ini dahulu yang dapat dikongsikan. Nikmatilah pemandangan Kampung Bako kerana gambar dapat menceritakan segalanya !. Kampung Bako di HATI ku.

Gambar 4 :
Anak tangga menuju ke masjid Kg Bako
Gambar 5 :
Pemandangan masjid Kg Bako yang terletak di atas bukit
Gambar 6 :
Masjid Al-Hidayah, Kg. Bako
Gambar 7 :
Bot-bot nelayan
Gambar 8 :
Bot laju yang membawa pengunjung pulang dari Taman Negara Bako
Gambar 9 :
Salah satu kaedah tradisional yang digunakan oleh nelayan tempatan untuk menangkap hasil laut
Gambar 10 :
Bot nelayan dan perahu tambang (RM 0.40) untuk menyeberangi sungai dari / ke jeti
Salam Tuan punya blog,
ReplyDeleteSekadar bertanya, adakah Tuan Haji Ajus mempunyai seorang anak perempuan bernama Hajar?
Fareez
Kuala Lumpur
salam....salam ziarah....bestnya...kpg bako yg indah yg permai...itu kpg sy...terimaksh sudi berrkgsi didalam blog en.Tuan Blog...kelak berambeh di kpg bako gik a....
ReplyDeletedid you know that Tuan hj Ajus passed away last year? and thanks for sharing this. im part of kelahiran kampung bako.
ReplyDeletenk tnye spe k.kg bako skrg
Delete