Kali ini kembara aku diteruskan ke Jogjakarta, salah sebuah kota terbesar di Indonesia yang amat terkenal dengan sejarah dan budayanya - unik dan tersendiri. Kembara kota Jogja selama tiga hari dua malam pada 4 hingga 6 Jun 2012 yang lalu turut disertai oleh beberapa orang rakan yang sememangnya mempunyai minat serta berkongsi pengalaman yang sama. Sesuatu yang menarik mengenai kota Jogja ini ialah Jogjakarta merupakan sebuah daerah pentadbiran istimewa Indonesia kerana ia mempunyai kedudukan yang penting dan tersendiri dalam sejarah panjang politik dan pentadbiran Indonesia. Maka tidak hairanlah kota Jogja ini sehingga sekarang menjadi tumpuan para pelancong dan pengembara yang berminat untuk melihat dan mengetahui secara lebih mendalam tentang keistimewaan kota ini. Sudah tentu, jika ke Jogja, maka lokasi yang sering menjadi tumpuan ialah pelbagai lokasi candi termasuklah Candi Prambanan dan Candi Borobodur, selain lokasi seperti Taman Sari, Kraton dan Kotagede juga menjadi antara tempat yang menarik untuk dikunjungi.
Latar belakang Candi Prambanan
Foto lagi...
Satu lagi lokasi menarik - Muzium Kareta Karaton
Antara kereta lama yang dipamerkan
Taman Sari (Water Castle)
Antara lokasi menarik yang terdapat di Taman Sari
Background - Candi Borobodur
Lagi - background Candi Borobodur
Kotagede - Batik and Silver
Lokasi pembuatan barangan perak yang terkenal di Jogja
Lokasi pembuatan barangan perak yang terkenal di Jogja
Di hadapan pintu masuk utama Universitas Gadjah Mada
Masjid Gedhe Kauman
Selain kota Jogja suatu ketika dahulu merupakan sebahagian daripada wilayah Kesultanan Mataram yang sering dikaitkan dengan pengaruh Hindu-Buddha, kota ini juga tidak ketinggalan menyimpan khazanah perkembangan pergerakan Islam yang tersendiri kerana di kota inilah - atau lebih tepat lagi di sebuah kawasan perkampungan yang dikenali dengan nama Kampung Kauman, gerakan Islam Muhammadiyah telah diasaskan sekitar tahun 1929. Di kawasan kampung ini, terdapat sebuah masjid yang menjadi mercu tanda pengasasan Muhammadiyah iaitu Masjid Gedhe Kauman. Bahkan sejarah awal pergerakan Muhammadiyah turut didokumentasikan melalui penerbitan sebuah filem yang berjudul Sang Pencerah - mengisahkan mengenai cabaran serta liku-liku awal perjuangan dan pengasasan Muhammadiyah.
Merapi Volcano 2010
Senja di hadapan Masjid Gedhe Kauman - masjid bersejarah bagi umat Islam Indonesia
terutama bagi aliran Muhammadiyah
Perkuburan Syuhada di Kampung Kauman
Kebun buah Salak
Di Jogja terdapat juga kawasan kebun atau ladang buah salak. Kebetulan pada kali ini merupakan 'musim menuai' bagi buah salak dan dalam perjalanan ke Kampung Kinahrejo (merupakan kawasan yang paling berdekatan dengan Merapi dan telah musnah akibat letusan pada 2010), terdapat banyak kebun buah salak di sepanjang perjalanan. Jadi, ia merupakan kesempatan yang baik bukan sahaja untuk membeli buah salak, tetapi dapat merasai pengalaman dan melihat sendiri pengusaha-pengusaha buah salak 'menuai' hasil mereka. Harga yang ditawarkan sekitar Rp15000 atau kira-kira RM 5 sekilogram.
Pokok-pokok salak
'Le Tour de France'
Buah salak yang baru dituai
Merapi Volcano 2010
'Official Car' untuk ekspedisi melihat kesan-kesan kemusnahan di Merapi
Jika kita masih ingat tentang kejadian letusan gunung berapi - Merapi Volcano pada 2010, kini lokasi tersebut sudah pun menjadi sebagai salah satu tempat lawatan bagi melihat sisa-sisa kemusnahan akibat letusan Merapi tersebut. Lokasinya terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari kota Jogja dan amat berbaloi jika dapat berkunjung ke tempat ini. Bagi tujuan melihat dengan lebih dekat kesan-kesan kemusnahan, para pengunjung terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda memandangkan lanskap fizikal yang begitu mencabar dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa. Selain itu, bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak dan ingin merasai pengalaman yang lebih menarik, perkhidmatan pandu sendiri 'motorcross' juga disediakan. Satu lagi pengalaman yang begitu mencabar dan sukar untuk dilupakan.
Salah satu lokasi yang dilalui berdekatan Merapi
Juga disediakan kepada sesiapa yang berminat
- Motorcross di sekitar Merapi
Mbah Maridjan - kesetiaan dan pengorbanan
- Motorcross di sekitar Merapi
Mbah Maridjan - kesetiaan dan pengorbanan
Jalan-jalan cari makan
Jika ke Jogja, kita tidak perlu berasa bimbang dengan makanan dan minuman kerana rata-ratanya memang amat mudah untuk mencari gerai atau restoran (resto) yang menyediakan menu halal. Jika ke Jogja dengan menggunakan khidmat 'local tour', ia sudah menjadi bertambah mudah kerana mereka pastinya akan membawa para pelancong untuk menikmati makanan di lokas-lokasi yang bersesuaian dan yang paling penting - halal dan tidak meragukan. Bahkan, sebahagian besar penduduk di sini merupakan orang Islam. Kota Jogja amat terkenal dengan menu masakan Jawa memandangkan rata-rata penduduk di sini adalah orang Jawa, berbanding dengan kota Medan atau Bandung yang begitu popular dengan menu masakan Minang atau masakan Padang. Tetapi, jika kita mahu menikmati masakan Minang atau Padang di kota Jogja, terdapat juga beberapa buah resto yang menyediakan menu-menu tersebut.
Menu makan tengahari
Pelbagai pilihan yang disediakan
Menu istimewa kota Jogja - Bakmi Goreng Kuning
Resto Timbul Roso - untuk juadah tengahari
Antara menu makan tengahari di Timbul Roso Resto
Satu lagi resto terkenal - sesuai untuk makan malam
Malam di kota Jogja
Suasana malam di kota Jogja - terutama di sekitar Jalan Malioboro amat meriah dengan pelbagai aktiviti jualan cenderamata, pakaian dan makanan. Jika tepat pada masanya, biasanya akan terdapat juga persembahan kesenian dan kebudayaan oleh pemuzik jalanan yang mengalunkan irama tradisi mahu pun moden dengan kreatif dan menghiburkan. Jadi, mungkin ini juga salah satu aktiviti yang menggambarkan kota Jogja sebagai kota budaya.
'Live telecast' - Persembahan pemuzik jalanan di Malioboro
Kreatif dan menghiburkan di lokasi strategik kota Jogja
Kreatif dan menghiburkan di lokasi strategik kota Jogja
Antara peralatan muzik yang digunakan - cukup menarik dan kreatif
Secara peribadi, memang berbaloi dapat mengembara ke kota Jogja. Selain dapat mengenali dengan lebih dekat mengenai sejarah dan budayanya yang begitu unik, kembara kali ini telah meluaskan lagi pengetetahuan dan pengalaman di samping melihat-lihat, merenung dan mengambil iktibar dari sejarah yang telah berlalu.
Sekian, jumpa lagi di lokasi yang lain selepas ini.
No comments:
Post a Comment