Kali ini kembara aku diteruskan ke Jogjakarta, salah sebuah kota terbesar di Indonesia yang amat terkenal dengan sejarah dan budayanya - unik dan tersendiri. Kembara kota Jogja selama tiga hari dua malam pada 4 hingga 6 Jun 2012 yang lalu turut disertai oleh beberapa orang rakan yang sememangnya mempunyai minat serta berkongsi pengalaman yang sama. Sesuatu yang menarik mengenai kota Jogja ini ialah Jogjakarta merupakan sebuah daerah pentadbiran istimewa Indonesia kerana ia mempunyai kedudukan yang penting dan tersendiri dalam sejarah panjang politik dan pentadbiran Indonesia. Maka tidak hairanlah kota Jogja ini sehingga sekarang menjadi tumpuan para pelancong dan pengembara yang berminat untuk melihat dan mengetahui secara lebih mendalam tentang keistimewaan kota ini. Sudah tentu, jika ke Jogja, maka lokasi yang sering menjadi tumpuan ialah pelbagai lokasi candi termasuklah Candi Prambanan dan Candi Borobodur, selain lokasi seperti Taman Sari, Kraton dan Kotagede juga menjadi antara tempat yang menarik untuk dikunjungi.
Bandar Udara Adisutjipto, Jogjakarta