Pages

Monday, November 14, 2011

LIBUR@BANDUNG 2011

Assalamualaikum wbt,


Gambar 1 : Hotel Unik - penginapan 3H2M di kota Bandung. Murah dan cukup selesa.


Gambar 2 : Antara makanan popular di Bandung. Biasa juga dijual untuk sarapan pagi. Harga lebih kurang Rp 10 000 semangkuk. Try la kalau berani.

Gambar 3 : Kat Malaysia popular dengan Otak-otak JB, tapi di Bandung ada juga. Boleh order, siap promo phone number sekali.

Apa khabar semua? Harap-harap semuanya ceria dan gembira dalam menjalani kehidupan seharian. Kali ni saya nak kongsi cerita dan pengalaman bercuti di kota Bandung. Memang menjadi impian saya untuk melancong ke luar negara sejak dahulu lagi dan alhamdulillah, pada 18-20 Oktober yang lalu, saya bersama beberapa orang rakan berpeluang ke Bandung. Itupun kitaorang dapat tambang promo AirAsia, jadi dapatlah berjalan-jalan ke Bandung. Berikut ialah jadual perjalanan kami sepanjang tiga hari dua malam berada di Bandung. Cuma, hari Jumaat 18 Oktober kami lewat ke Bandung, flight jam 3.30 petang. So, nasihat saya kepada kawan-kawan lain kalau nak ke Bandung, cubalah dapatkan flight awal supaya dapat meluangkan masa yang lebih panjang di sana.

Gambar 4 : Acara kemuncak untuk hari pertama di Bandung selepas Q panjang di kaunter imigresen.

 Gambar 5 : Menu utama masakan Padang. 

 Gambar 6 : Satu lagi promosi kalau nak cuba. Ni restoran masakan Padang yang terkenal di Bandung.

Gambar 7 : Bismillahirrahmanirrahim. 

Gambar 8 : Di hadapan restoran Sederhana Nasi Padang.

Masa di Bandung lebih kurang sejam lewat. Maknanya, jam 7.15 dah masuk waktu solat Isyak. Kena ambil masa sedikit nak sesuaikan diri dengan peralihan waktu. Satu lagi yang paling penting ialah saya terus beli nombor prepaid sebab senang nak contact family di Malaysia. Terbang Rp20 000 kat airport. Saya menginap di Hotel Unik betul-betul terletak di tengah kota Bandung. Hotel ni kira macam hotel bajet tapi sungguh selesa dan sesuai kalau bawak family untuk bercuti. Bahkan, turut disediakan sarapan pagi. Harganya kira-kira RM60-RM80 semalam dan hotel ini berada pada kedudukan Melati 3, kemudian barulah ada hotel 1 bintang, 2 bintang dan seterusnya. Tapi pada saya hotel ni pun dah ok. Lagipun nak tido je sebab bila dah ke Bandung ni, mesti pergi jalan-jalan. Rugi kalau tak explore sebab banyak tempat menarik yang ada kat sini.

Gambar 9 : Bergambar di hadapan pintu masuk Rumah Mode lepas pekena nasi Padang. Lokasi beli belah pakaian. Tengok-tengok je sebab baru hari pertama.

Gambar 10 : Sekitar kota Bandung awal pagi. Jalan-jalan melawat kawasan.

Day 1 - 18 Oktober 2011 (Jumaat)
1530 - Dari LCCT ke Bandara Husein Sastranegara.
1730 - Imigresen - beratur panjang, slow nak lepas kaunter imigresen.
1815 - Hari dah mula gelap walaupun jam baru pukul enam suku petang. Terus check in di Hotel Unik.
2000 - Menikmati makan malam di Restoran Nasi Padang Sederhana, Jalan Setiabudhi.
2100 - Cuci mata, tengok baju-baju, pakaian di Rumah Mode. View kota Bandung waktu malam.
2230 - Balik ke hotel. Tido la apa lagi.

 Gambar 11 : Lagi view kota Bandung kira-kira jam 6.30 pagi.

 Gambar 12 : Jika ke Bandung mesti singgah menjamu selera masakan Sunda di restoran Dapur Sangkuriang. Saya gerenti takkan menyesal datang sini sebab masakannya ada taste dan menyelerakan. Biasanya pelancong-pelancong dari Malaysia akan singgah makan di sini terutama untuk makan malam.

Day 2 - 19 Oktober 2011 (Sabtu)
0500 - Dah bangun, subuh awal di sini kira-kira jam 0430 dah azan. 
0600 - Ronda-ronda di sekitar hotel sementara tunggu driver datang. Merisik khabar di SMA 6, salah sebuah sekolah yang terdapat di sini. Berpeluang jumpa dengan guru-guru dan para pelajar walaupun kedatangan kami ke sana tak dirancang.
0730 - Sarapan pagi di hotel. 
0830 - Destinasi pertama ke Pasar Baru. Rambang mata macam-macam ada. Ibu-ibu yang mahu ke sini pastikan rupiahnya mencukupi.
1230 - Makan tengahari di Restoran Simpang Raya, masakan Padang lagi. 
1330 - Ke Toko Tiga, segala macam jeans ada. 
1445 - Onway ke Cibaduyut, area barangan kulit. Pastikan beli yang ori. Macet. Shopping di Cibaduyut rambang mata. Akhirnya saya beli beg tangan Levi's dengan harga Rp220 000. Banyak ada kat sini - tali pinggang, kasut, dompet, dan lain-lain. Janji ada rupiah semua boleh beli.
1900 - Rileks jap kat bilik hotel. 
2100 - Makan malam di Restoran Dapur Sangkuriang. Memang best dan amat menyelerakan. Kali ni menu masakan Sunda. Jika ke Bandung, mesti singgah makan di sini. 
2230 - Masih berlegar di kota Bandung. Menikmati suasana malam. Singgah sebentar ke galeri lukisan di Braga Street. Malam juga macet. Pemuzik jalanan masih aktif. Segelintir warganya bergelandangan - di bawah jambatan mahupun di kaki lima, setelah siangnya berpenat lelah mencari kelangsungan hidup. Melewati Gedung Sate, Stesyen Keretapi Bandung dan Stadium Persib.
2330 - Pulang ke hotel. Berkemas dan berkira-kira baki rupiah. Esok perlu membayar cukai airport Rp75000, tak termasuk 'wang tambahan' lain jika diminta. 
0100 - Masih cuba untuk melelapkan mata.

Gambar 13 : Di kantor SMA Negeri 6 Bandung.

Gambar 14 : Antara pelajar SMA Negeri 6 yang sempat ditemui. Mereka menerima kehadiran kami dengan hati yang terbuka. 

Gambar 15 : Bisa ke mari lagi lain kali.

 Gambar 16 : Antara kemudahan yang terdapat di Dapur Sangkuriang. Boleh santai-santai.

Day 3 - 20 Oktober 2011 (Ahad)
0430 - Bangun awal. Subuh terakhir di Bandung. Siap-siap untuk ke destinasi seterusnya sebelum bertolak pulang flight 1230.
0600 - Hari yang cerah. Menjengah ke kedai kek Kartika Sari. 
0700 - Pekena mee kocok kaki sapi sambil minum kopi, harga Rp10 000. 
0730 - Destinasi terakhir sebelum pulang - ke Tangkuban Parahu. Melalui Universiti Pendidikan Indonesia, pekan Lembang dan Subang. Teringat kisah Dayang Sumbi dengan Sangkuriang dan Tangkuban Parahu. 
0900 - Berada di Tangkuban Parahu. Bagi pelancong asing, bayaran masuk ialah Rp50 000. Suasana nyaman dan mendamaikan. Cuma seringkali diganggu oleh penjual-penjual cenderamata jalanan yang sering mengekori. Lain kali jika keTangkuban Parahu, boleh terus ke Hot Spring. 
1030 - Sayonara Taman Wasita Alam. On way ke airport singgah menikamati nenas di Jalan Setiabudhi. 
1230 - Terbang ke LCCT. Bon Voyage Bandung Provinsi Jawa Barat. Paris Van Java. Alhamdulilah, tercapai sudah impian untuk ke Bandung. Destinasi seterusnya, Medan dan Jogja.

 Gambar 17 : Lapangan Terbang / Bandara (Bandar Udara) Husein Sastranegara, Bandung.

Banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati jika ke Bandung. Akhir sekali, saya sertakan beberapa tips berguna jika ke Bandung. Pertama, tukar Rp siap-siap di Malaysia, bawa Rp secukupnya sebab senang 'cair' jika berada di Pasar Baru atau Cibaduyut. Tukar Rp di sini rugi sebab dapat kurang. Kedua, kebanyakan hotel di sini sediakan plug dua pin, so bawak la travel adaptor siap-siap. Senang nak charge telefon, kamera dan lain-lain. Ketiga, bawak calculator bila shopping, senang nak kira berapa harga dalam RM. Baru boleh tahu murah atau mahal. Keempat, ramai penjual jalanan, sampai ke lobi hotel diaorang ni kejar kita, so kalau nak beli barang terus saja ke Pasar Baru, Toko Tiga, Cibaduyut atau Chihampelas sebab senang nak pastikan dapat barang yang original. Kelima, waktu solat. Tapi tertakluk kepada perubahan tau. 

Subuh - 4.37 pagi
Syuruk - 5.47 pagi
Zohor - 11.51 pagi
Asar - 3.11 petang
Maghrib - 5.54 petang
Isyak - 7.01 malam

So, setakat ni dulu. Banyak lagi nak cerita ni tapi nak tido la. Cuma, saya agak terkilan sebab tak sempat nak berkunjung ke Universiti Pendidikan Indonesia dan Masjid Raya Habiburrahman kerana kesuntukan masa. Jumpa lagi. Hatur Nuhun !

6 comments:

  1. Askm cikgu. Terima kasih kerana sudi ke blog saya.

    Saya pergi juga ke tempat2 yg cgu pergi ni tetapi saya explore betul mana2 tempat yang saya tuju sebab bukan selalu kita ke sana. Saya pun teringin nak melawat uni di sana tetapi belum ada educational trip yg ke sana (yg belum confirm adalah), biasanya bawa pelancong ke tempat 'melontar' duit saje :)

    Pada pendapat sayalah, trip ke negara asean ni perlukan at least 4h 3m baru puas. Begitu juga Jogja yg cgu cdgkan. Saya buat 4h 3m bermula rm1250 Jogja-solo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, terima kasih atas cadangan tu...memang saya setuju kalau ke Indonesia terutamanya paling minimum pun 4h 3m. Saya dah pun ke Medan 27-31 April yang lalu - educational trip. Memang puas hati sebab 5D 4N. Tour agent pun bagus. Sempat ke Brastagi dan Parapat. Kalau ada apa2 tips di Jogja harap dapat kongsi dengan saya. Terima kasih.

      Delete
  2. terima kasih gan atas postingannya, sangat membantu dan sangat bermanfaat. salam kenal ya.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  4. assalamualaikum,

    sekadar bertanya ok ke hotel unik tersebut. akan ke bandung bersama keluarga februari ini.

    ReplyDelete