Pages

Friday, October 21, 2011

Pengalaman adalah guru yang terbaik


Assalamualaikum wbt,

Berinteraktif dalam dunia blog memang menyeronokkan. Walaupun seringkali 'gagal' untuk 'update' blog, namun kepuasan tetap dirasai tatkala melihat kembali catatan-catatan yang ditinggalkan dalam blog. Bergelar sebagai seorang 'blogger' sejak tahun 2008 telah memberikan saya pelbagai pengalaman terutama dalam bidang penulisan dan pengumpulan maklumat untuk dikongsi bersama. Lebih menarik jika ada 'blogger' lain yang memberikan komen terhadap cetusan idea dan paparan yang ada pada muka blog. Saya akui bahawa kekangan masa membataskan dunia 'blogging' tetapi pada masa yang sama, saya sebenarnya berasa bangga dan teruja mempunyai blog sendiri yang telah diusahakan sejak sekian lama. Memang benar kata leluhur, pengalaman merupakan guru yang paling berharga.

Alhamdulillah, berkat kesabaran serta doa dan dorongan keluarga, rakan-rakan serta kenalan sama ada yang jauh mahupun dekat, saya telah berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Sarjana dalam bidang Sejarah Malaysia di UKM. Majlis Konvokesyen yang ke 39 telah pun berlangsung pada 25 September 2011 yang lalu dan secara kebetulan, tarikh tersebut merupakan ulangtahun kelahiran saya yang ke 35. Insyaallah, saya menyimpan harapan serta cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan buat masa ini, saya sedang megumpul bahan-bahan berkaitan, selain berbincang dengan bakal penyelia, Prof Dr Nordin Hussin mengenai tajuk kajian yang bakal dilaksanakan. Akhirnya, biarlah apa orang nak kata, tapi bagi saya dunia blog banyak mengajar saya erti kesabaran dan tanggungjawab serta menjadi tempat 'ekspresi' minda dan jiwa. Insyaallah nanti sambung cerita lagi. Ada cerita best yang mahu dikongsi tentang kota Bandung !

No comments:

Post a Comment