| Muktamad : Felda diarah bayar peneroka RM11 juta | |||||||||||||||||||||
| 
 | 
Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda  Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah  Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana  menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.
Mahkamah  Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan  yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan  rayuan berkenaan.
|  | 
Lebih  150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala  ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka  mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari  keadilan.
Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.
Keputusan  hari ini mempunyai implikasi besar ke atas Felda dan kerajaan kerana ia  akan menyaksikan lebih banyak saman difailkan dan mengugat kepercayaan  sebelum ini bahawa penubuhan agensi kerajaan itu oleh perdana menteri  kedua, Tun abdul Razak Hussein bagi meningkatkan kebajikan masyarakat  bumiputera dengan menaikkan taraf hidup mereka sebenarnya mempunyai  kepincangan.
Keputusan sebulat suara
Presiden  Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga  hakim, menolak permohonan Felda berhubung keputusan Mahkamah  Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan Felda membuat  rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya agensi itu  membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka-peneroka itu.
Panel  hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim  Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat  membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa  menyemak semula keputusan awalnya.
Menurut Alauddin,  keputusan sebulat suara itu dibuat kerana mahkamah hari ini tidak  mempunyai jurisdiksi untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Mahkamah  Persekutuan sebelum ini.
"Justeru, rayuan itu ditolak."
Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.
Mahkamah  Tinggi Kota Baharu memerintahkan Felda membayar RM7.8 juta bersama  faedah kepada peneroka-peneroka itu setelah peguam agensi itu gagal  hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat  keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan  saksi-saksi mereka.
Jumlah meningkat
Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.
Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul.
Pada  19 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan enggan membenarkan Felda untuk  merayu dan mengarahkannya supaya membayar pampasan kerana menipu 354  peneroka sejak 1995.
Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
Panel tiga orang hakim ketika itu diketuai oleh Tun Zaki Azmi yang sebulat suara enggan membenarkan Felda membuat rayuan.
|  | 
"Mahkamah  puas hati bahawa tiada mana-mana bahagian dalam undang-undang bagi  perkara ini disemak semula oleh mahkamah ini. Kami mengekalkan keputusan  Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan," kata Zaki dalam penghakiman  lisannya.
Dua lagi panel hakim tersebut ialah Datuk Gopal Ram dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin.
Peneroka  menamakan Felda, pengurus tanah rancangan tersebut, Ibrahim Ismail  (telah meninggal dunia) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai  defenden.
Mereka diwakili oleh peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Yusfarizal Yusoff. 
(Sumber : www.malaysiakini.com) 

 
 
No comments:
Post a Comment