Pages

Saturday, May 16, 2009


Guru oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

SELAMAT HARI GURU
CIKGU...JASAMU KU KENANG HINGGA AKHIR HAYAT. TERIMA KASIH KERANA MENDIDIK KU MENJADI MANUSIA DAN MENGENAL ERTI KEMANUSIAAN. TERIMA KASIH CIKGU.

SK (PUSAT) JUASSEH, KUALA PILAH, N9 (antara yang masih ku ingati)
Cikgu Ramlah, Cikgu Ghani

SK BUKIT BERUANG, MELAKA
Cikgu Maimunah, Cikgu Fatimah, Cikgu Michael, Cikgu Ravi, Cikgu Hassan, Hj. Omar,
Ust Sa'arani

ST DAVID'S HIGH SCHOOL, BKT. BHARU, MELAKA
(1990-1995)
Cikgu Chin, Cikgu Chua, Cikgu Lim, Cikgu Steven Lim, Cikgu Noraini, Cikgu Zaini

SMK MUNSHI ABDULLAH, BATU BERENDAM, MELAKA
(STPM 1995-1996)
Cikgu Latipah (EKONOMI, GURU TINGKATAN 6R1 dan 6A1) , Cikgu Yusri (SEJARAH), Cikgu Noh Omar (SEJARAH), Hj. Ismail (P.AM), Cikgu Goh (P. AM), Cikgu Noraini (BM), Cikgu Rodziah (P.AM),
Cikgu Lim (GEOGRAFI)

Kalian tetap dalam ingatanku....buat SEMUA guru yang pernah mendidikku, semoga sentiasa dirahmati dan memperoleh kejayaan dalam kehidupan.




No comments:

Post a Comment