Pages

Wednesday, April 29, 2009


29 APRIL - 3 MEI 2009 9.00 MALAM
AUDITORIUM MUZIUM NEGERI SELANGOR SHAH ALAM

Tidak ada insan yang lebih mengenali baginda Rasulullah saw seperti ahlul bait (ahli keluarga baginda). Sahabat-sahabat tidak mengenal baginda seperti mana keluarganya. Doa ini diajar Saidatina Fatimah Zahra Binti Muhammad Rasulullah saw tatkala berdepan dengan wabak penyakit.

Bismillâhir Rahmânir Rahîm
Allâhumma shalli `ala Muhammadin wa âli Muhammad

Bismillâhin Nûr, bismillâhi Nûrin nûr, bismillâhi Nûrun ‘alâ nûr, bismillâhil ladzî Huwa Mudabbirul umûr, bismillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr. Alhamdulillâhil ladzî khalaqan nûra minan nûr, wa anzalan nûra ‘alath thûr, fî kitâbin masthûr, fî riqqin mansyûr, bi-qadarin maqdûr, ‘alâ nabiyyin mahbûr. Alhamdulillâhil ladzî Huwa bil-’izzi madzkûr, wa bil-fakhri masyhûr, wa ‘alas sarrâ-i wadh dharrâi masykûr, wa shallallâhu ‘alâ sayyidinâ Muhammadin wa âlihith thâhirîn.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Dengan nama Allah Cahaya, dengan nama Allah Cahaya dari segala cahaya, dengan nama Allah Cahaya di atas cahaya, dengan nama Allah Yang Mengatur segala urusan, dengan nama Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya. Segala puji bagi Allah Yang Menciptakan cahaya dari cahaya, Yang Menurunkan cahaya ke bukit dalam kitab yang ditulis, dengan ukuran yang tertentu, kepada Nabi yang terpilih. Segala puji bagi Allah yang dikenal kebesaran-Nya, yang masyhur keagungan-Nya, yang disyukuri dalam suka dan duka. Semoga Allah menyampaikan shalawat kepada junjungan kita Muhammad dan keluarganya yang suci.


(Catatan : Doa ini dipetik dari http://www.tehranifaisal.blogspot.com)



Sunday, April 26, 2009


PEMAIN dan pegawai Selangor meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan penalti 4-1 di Bukit Jalil, malam tadi.

Selangor muncul juara Piala FA menerusi penentuan penalti 4-1

SELANGOR menggunakan pengalaman beraksi di pentas saingan besar untuk menuai satu lagi hasil besar apabila menjulang Piala FA buat kali kelima selepas menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

TANNIAH PASUKAN SELANGOR. BUAT PASUKAN KELANTAN, CUBA LAGI.

Wednesday, April 22, 2009

Sebuah lagi majalah bulanan terbitan DBP ialah DEWAN BUDAYA. Dalam keluaran April 2009, fokus utama berkisar terhadap keperluan untuk memahami adat resam dan juga budaya yang dilihat semakin jauh terpinggir dalam kehidupan bermasyarakat. Umpamanya sebuah rencana hasil tulisan A. Aziz Deraman yang memfokuskan mengenai kepentingan memahami adat resam di samping memberi kupasan yang menarik mengenai senario terkini masyarakat terhadap kefahaman mereka tentang adat resam. Hal ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya memandangkan kemegahan bangsa terletak pada penghayatan mereka terhadap adat resam dan budaya. Mungkin coretan beliau wajar dijadikan renungan buat kita bersama....

Memahami Adat Resam
Oleh A. Aziz Deraman
SEPANJANG setahun yang lalu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, negara dikejutkan bermacam perkara. Banyak isu ditimbulkan satu demi satu tanpa kesudahannya. Kesemuanya berpunca daripada sikap, tabiat dan pandangan tokoh-tokoh politik. Isu-isu yang sama menular pula ke dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) mengakibatkan timbul keberanian baharu parti pembangkang. Sekarang parti pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa buah negeri. Para pemimpin bukan Melayu begitu lantang mencabar pelbagai dasar negara, institusi raja, menyelar dan menuduh yang bukan-bukan. Sesekali lontaran balas dengan cara yang sama datangnya dari parti komponen kerajaan sendiri. Dalam beberapa hal telah menimbulkan pertikaian antara golongan tertentu dengan institusi ini lalu menunjukkan kefahaman tentang adat resam dan budaya nampaknya tohor benar. Malaysia berada di ambang krisis nilai dan budaya yang agak luar biasa mulai abad ke-21 ini. Memang kuasa politik boleh menentukan corak dan warna kehidupan kita yang berbangsa dan bernegara. Kadang-kadang cara bercakap, berhujah, menegur dan menyampaikan kritikan, jika tidak dipengaruhi emosi, kelihatan terlalu biadab dan kurang adab. Agaknya daripada pemimpin di lapisan atas sehingga turun ke tengah-tengah masyarakat, kita seperti hilang penghayatan terhadap adat resam. Kita berbicara dan berkomunikasi dengan cara yang sangat kasar. Lalu timbullah sifat-sifat kebiadaban, kurang ajar, tidak berbudi bahasa, tidak sopan dan jauh sekali memperlihatkan citra menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara yang antara lainnya menekankan prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. Rupa-rupanya senario baharu kehidupan berbangsa dan bernegara ini, jika tidak dibendung akan membawa kita menuju kepunahan kebudayaan.
Kalau kebudayaan itu dilihat dari sudut empat bidang utamanya, yakni pemikiran dan falsafah, kesenian, nilai dan norma serta aspek-aspek kebendaan, maka adat resam sebagai unsur penting nilai budaya yang kait-mengait pula dengan pemikiran dan falsafah bangsa, lambat-laun ikut pupus daripada penghayatan masyarakat. Kaedah kita bernegara yang selama ini jelas dari segi konsep dan falsafah kenegaraan sebagaimana perkara pokoknya dan dikanunkan dalam Perlembagaan Persekutuan juga telah mula dipertikai dan diperlekehkan orang. Sesungguhnya Malaysia dibentuk berasaskan sejarah ketamadunannya sendiri, berlatarbelakangkan sejarah silam, sistem pemerintahan dan sistem baharu yang diwujudkan sesudah kemerdekaan 1957 – kini semacam tidak diendahkan lagi. Keadaan menjadi agak terbalik apabila masyarakat mulai tidak menghormati adat resam dan budaya sendiri.
Adat resam meliputi banyak bidang kehidupan sesuatu bangsa, dari aspek politik sehinggalah kepada nilai dan norma budaya yang menjadi amalan masyarakat. Jika diambil contoh adat berpolitik, maka keluhuran Perlembagaan wajib dijunjung. Tujuan berpolitik dan perjuangan perkauman sepatutnya tidak mudah mempermainkan isu-isu tentang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara, institusi raja, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta peranan dan tanggungjawab yang lain dalam Perlembagaan.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Budaya April 2009 Kini di pasaran... dapatkan segera!

Tuesday, April 21, 2009

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Saya tertarik dengan fokus utama perbincangan majalah Dewan Bahasa terbitan DBP bagi bulan April 2009. Tidak lain ia memberikan fokus terhadap BAHASA, terutama perkara-perkara yang menyentuh tentang hidup matinya sesuatu bahasa yang banyak bergantung hayat kepada jumlah penuturnya. Bahasa bukan sahaja wahana komunikasi, malah bahasa juga merupakan pancaran milieu dan citra masyarakat atau bangsa. Timbulnya kesedaran terhadap kepentingan bahasa sebagai khazanah masyarakat dan bangsa yang tidak ternilai, telah mendorong pertubuhan dan badan bahasa dari serata dunia, termasuk Malaysia untuk mengikhtiarkan usaha bagi menyuburkan kecintaan, penghayatan, kepunyaan, dan jati diri dalam kalangan masyarakat melalui pengiktirafan hari, minggu atau bulan khas berkaitan bahasa, seperti Hari Bahasa Sedunia, Hari Bahasa Ibunda, Minggu Bahasa, dan Bulan Bahasa.
Dalam hal ini, Malaysia telah menggerakkan usaha kesedaran dalam kalangan rakyat terhadap bahasa, khususnya bahasa kebangsaan selama hampir 50 tahun melalui Minggu Bahasa Kebangsaan, Bulan Bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa dan Sastera Negara. Bahasa akan terus hidup subur sebagai ingatan kolektif, artifak dan arkib budaya dalam mandala sesuatu masyarakat atau bangsa melalui pemerkayaan dan perluasan tradisi kelisanan dan persuratan yang berterusan. Sebaliknya, sesuatu bahasa itu akan mengecil dan hilang andai kata masyarakat penuturnya atau penggunanya gagal memainkan peranan mereka.

Sebuah rencana yang berkaitan bahasa berjudul 'Kematian Bahasa' hasil tulisan Atman SN amat menarik perhatian. Tulisan tersebut memperihalkan peri pentingnya peranan penutur sesuatu bahasa dalam menentukan kelangsungan hayatnya. Untuk renungan dan tatapan bersama, saya sertakan sebahagian daripada rencana tersebut.


Kematian Bahasa


OLEH: ATMAN SN

Bahasa tidak boleh wujud tanpa manusia. Untuk bertahan dan bertakat (survive), bahasa perlu ada penuturnya.

Bolehkah sesuatu bahasa itu mati? Adakah hal ini diibaratkan seperti kematian yang dialami oleh manusia? Kenapakah bahasa mati? Bahasa yang manakah sedang menunjukkan tanda-tanda kepupusannya di dunia? Bolehkah saya melakukan sesuatu untuk mengurangkan kepupusan bahasa? Barangkali, hal-hal ini jarang-jarang atau kurang difikirkan dan direnungkan oleh kebanyakan orang.
Sebaliknya, hal ini sentiasa diberikan perhatian yang serius oleh ahli bahasa dan ahli antropologi. Bagi mereka, kematian bahasa bermakna kehilangan besar kepada umat manusia. Pernah hal ini disuarakan dengan tegas oleh ahli-ahli bahasa terkemuka seperti David Crystal yang melahirkan kebimbangan beliau terhadap senario tersebut. Menyedari akan keseriusan gejala ini, beliau menghasilkan sebuah buku yang berjudul, Language Death pada tahun 2002 yang memfokuskan isu kematian bahasa, sebab-sebab kematian bahasa dan peranan kita untuk menangani gejala sosial ini.
Kematian bahasa, menurut Oxford Concise Dictionary of Linguistics (2005), ialah disappearance of a language whose speakers progressively switch to using another or others. Berdasarkan takrif dalam Random House Unabridged Dictionary (2006) pula, kematian bahasa ialah the complete displacement of one language by another in a population of speakers. Dengan kata lain, kehilangan sesuatu bahasa berlaku apabila penuturnya secara beransur-ansur mula beralih daripada bahasa yang dituturkan oleh mereka kepada bahasa lain.
David Crystal berpendapat bahawa sesuatu bahasa itu dikatakan sudah mati apabila tidak ada lagi orang untuk menuturkannya. Umumnya, apabila seseorang itu menghembuskan nafas terakhir, orang itu dikatakan sudah mati. Demikian juga dengan bahasa. Bahasa dianggap mati apabila tidak ada orang menuturkannya. Kita sedia maklum bahawa hal ini pernah berlaku terhadap beberapa banyak bahasa di dunia. Umpamanya, bahasa Latin dan bahasa Sanskrit yang pernah menjadi bahasa agung pada suatu ketika dahulu, tetapi kini sudah menjadi bahasa yang mati.
Hal ini demikian kerana kini tidak ada lagi penutur yang menggunakan bahasa-bahasa tersebut. Sebenarnya, ada banyak bahasa yang sudah mengalami nasib seperti itu, yakni menjadi bahasa yang mati apabila tidak ada orang yang menuturkannya. Kenapakah hal seumpama ini terjadi kepada sesuatu bahasa? Ada beberapa faktor yang menyebabkan kematian atau kepupusan bahasa. Seperti yang dijelaskan oleh Crystal, sesuatu bahasa itu mengalami keadaan yang genting ini apabila bilangan orang yang menuturkannya menjadi semakin kurang.
Kenapakah pula hal ini berlaku? Hal ini adalah disebabkan oleh pertembungan bahasa utama dengan bahasa minoriti. Misalnya, dikatakan banyak bahasa peribumi di Australia telah pupus kerana bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan dominan telah bertukar menjadi bahasa komunikasi dalam kalangan masyarakat peribumi di Australia. Lama-kelamaan bilangan yang berupaya untuk menuturkan bahasa peribumi semakin kurang, lalu membawa kepada kepupusan bahasa peribumi ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Bahasa April 2009 Kini di pasaran... dapatkan segera!








Monday, April 20, 2009

K Rajagobal jurulatih baru skuad kebangsaan

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan jurulatih skuad Bawah 23 tahun kebangsaan, K Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan bagi menggantikan B Sathianathan yang diminta berhenti pada 1 Februari lalu.

Pelantikan Rajagobal itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Redzuan Sheikh Ahmad pada satu sidang media di ibu pejabat badan induk bola sepak negara di Kelana Jaya di sini, hari ini.

Media sebelum ini menyenarai pendek tiga jurulatih tempatan yang berkaliber dalam menerajui pasukan masing-masing dalam kancah Liga Malaysia selepas Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah membuat perakuan untuk memberi keutamaan kepada calon tempatan.

Thursday, April 9, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya mengikuti dengan penuh minat dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak tentang senarai jemaah menteri (kabinet) yang akan menggalas tanggungjawab di bawah pentadbiran beliau. Pastinya, setelah mengangkat sumpah sebagai PM, pengumuman ini merupakan antara perkara yang dinanti-nantikan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia. Tan Sri Muhyiddin Yassin dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pelajaran. Sebuah kementerian baru diwujudkan iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin tidak dipilih menganggotai barisan jemaah menteri, sebaliknya Datuk Mukhriz Mahathir dipilih sebagai Timbalan Menteri MITI, manakala Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim dipilih sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Keseluruhannya, terdapat seramai 28 orang menteri dan 40 orang timbalan menteri. Oleh itu, saya sertakan senarai lengkap jemaah menteri untuk tatapan semua. SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

Senarai penuh anggota kabinet
Apr 9, 09 4:06pm

Senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini:

PERDANA MENTERI
Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI:

Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi) (Senator)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam) (Senator)

Timbalan-timbalan Menteri:

1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T Murugiah

MENTERI KEWANGAN:

Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II:
DATUK AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Timbalan:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr Awang Adek Hussin (Senator)

MENTERI PELAJARAN:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr Mohd Puad Zarkashi

MENTERI PENGANGKUTAN:
Datuk Ong Tee Keat

Timbalan:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Tan Sri Bernard Dompok

Timbalan:
1. Datuk Hamzah Zainudin

MENTERI DALAM NEGERI:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan:

1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim

Timbalan:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:

Datuk Peter Chin Fah Kui

Timbalan:
Noriah Kasnon

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Datuk Seri Shafie Apdal

Timbalan:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

MENTERI PENGAJIAN TINGGI:
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Timbalan:
1. Datuk Dr Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Datuk Mustapa Mohamed

Timbalan:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Datuk Dr Maximus Ongkili

Timbalan:
Fadillah Yusof

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Datuk Douglas Uggah Embas

Timbalan:
Tan Sri Joseph Kurup

MENTERI PELANCONGAN:
Datuk Ng Yen Yen

Timbalan:Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:

Datuk Noh Omar

Timbalan:

1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

MENTERI PERTAHANAN:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan:
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

MENTERI KERJA RAYA:
Datuk Shaziman Abu Mansor

Timbalan:
Datuk Yong Khoon Seng

MENTERI KESIHATAN:
Datuk Liow Tiong Lai

Timbalan:
Datuk Rosnah Rashid Shirlin

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Timbalan:

1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

MENTERI SUMBER MANUSIA:
Datuk Dr S Subramaniam

Timbalan:
Datuk Maznah Mazlan

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Timbalan:
Datuk Tan Lian Hoe

MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:

Datuk Kong Cho Ha

Timbalan:
Datuk Lajim Ukin

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Datuk Seri Sharizat Jalil (Senator)

Timbalan:
Datin Paduka Chew Mei Fun (Senator)

MENTERI LUAR:
Datuk Anifah Aman

Timbalan:
1. A.Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Senator)

Timbalan:

Datuk M Saravanan