Pages

Friday, November 28, 2008

Somchai isytihar darurat, Thailand di ambang rampasan kuasa

BANGKOK - Perdana Menteri Thailand, Somchai Wongsawat mengisytiharkan perintah darurat di dua buah lapangan terbang yang dikepung penunjuk perasaan semalam ketika khabar angin bertiup kencang mengenai kemungkinan rampasan kuasa.

Kerajaan Thailand yang sedang dibelenggu masalah, merayu kepada tentera supaya mengelak daripada mengadakan rampasan kuasa bagi menyelesaikan krisis politik semasa ekoran khabar angin mengenai campur tangan tentera.

Jurucakap kerajaan, Natthawut Saikua memberitahu media ketika sedang berlangsung mesyuarat Kabinet di bandar raya Chiang Mai, utara Thailand, bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk memecat Panglima Tentera Anupong Paochinda.

“Saya keluar daripada mesyuarat Kabinet untuk membuat pengumuman yang penting ini. Tolong jangan adakan satu lagi rampasan kuasa,” katanya.

Sejak pagi semalam, terdapat laporan yang tidak disahkan bahawa kereta kebal dan tentera sedang dalam perjalanan ke ibu negara Thailand ini.

Pada Rabu lalu, Anupong berkata Somchai perlu membubarkan parlimen bagi menamatkan kekacauan setelah beribu-ribu penentang kerajaan menutup Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan Don Muang.

Tuesday, November 25, 2008


Unesco Hands Over Certicate Signifying Melaka & Georgetown As World Heritage Sites

PARIS, Oct 8 (Bernama) -- The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (Unesco) on Tuesday handed over to Malaysia a certificate acknowledging the inscription of Melaka and Georgetown as World Heritage Sites.
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, president of the Malaysian National Commission for Unesco, received the certificate on behalf of Malaysia from Unesco Director-General Koichiro Matsuura here."It is not an easy accomplishment, it involves a lot of hard work from all concerned, especially the (Unity, Culture, Arts and Heritage) Minister and Ministry. I'm pleased to accept the certificate on behalf of Malaysia," Hishammuddin said.Hishammuddin, who is Malaysia's Education Minister, is here to attend the ongoing meeting of the Unesco executive board of which he is a member.
In July, Unesco accorded recognition to Melaka and Georgetown as World Heritage Sites based on the lifestyle, history, architecture and varied cultures in these areas.World heritage sites are specific places like jungles, mountains, lakes, deserts, monuments, buildings, complexes or towns that have been nominated and recognised by the Unesco International World Heritage Programme managed by the Unesco World Heritage Committee.
The core areas encompass historical sites of Georgetown, including the Lebuh Acheh historical enclave, the Lebuh Acheh Malay Mosque, Jalan Mesjid Kapitan Kling Mosque, the Goddess of Mercy Temple, Sri Mariamman Temple, Khoo Kongsi, St Georges Church, Assumption Church, St Xaviers Institution, Convent Light Street, Little India, the museum and court building, the commercial area of Beach Street, Fort Cornwallis, Esplanade, City Hall, the clan jetties and the port areas.
In Melaka, the historical sites near St Pauls Hill, the 17th century Dutch Stadhuys buildings, Jonker Street with its Dutch-era buildings, Jalan Tukang Besi, Kampung Morten and Melaka River have been recognised as part of the world heritage site.
BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v3/news_lite.php?id=363144
ASSALAMUALAIKUM W.B.T. dan SALAM BLOG,

Sebagai anak jati negeri bumi Hang Tuah, saya amat berbangga dengan pengisytiharan Melaka dan juga Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO ini amat bermakna dan meletakkan Melaka sebaris dengan kedudukan bandaraya lain di dunia yang turut memperoleh pengiktirafan yang sama. Tahniah buat warga bumi Hang Tuah. Jom jalan-jalan di Melaka. Kebetulan, saya akan pulang ke Melaka untuk beberapa hari pada minggu ini dan minggu hadapan. Sudah pasti, kesempatan ini akan digunakan untuk ronda-ronda di Melaka, jumpa kawan-kawan lama sambil makan cendol di Banda Hilir, betul-betul dekat dengan Bangunan Merah dan jam besar. Kalau boring, boleh menyusuri Sungai Melaka atau jalan-jalan di bandar Melaka, santai-santai di Jonker Street. Nak try makanan laut, jom pegi medan ikan bakar di Pernu atau di Merlimau. Pendek kata, semuanya ada di Melaka.

Ingin berhujung minggu di Melaka?


Satu idea yang baik. Tempat-tempat menarik di Melaka anda akan jumpai sebaik saja kenderaan anda melepasi plaza Tol Ayer Keroh, di kanan dan kiri jalan terdapat Ladang/Muzium Lebah, Zoo Melaka, Taman Botani, Kampung Buku, Taman Mini Malaysia, Taman Buaya, Dataran Sejarah dan Tasik, Gerai-Gerai Jualan Produk Tempatan (depan McD), Pentas Budaya, RnR yang ada 6 tower dari kerajaan silamHuh! tu belum jumpa trafik light yang pertama lagi tu, di MITC. Hotel dan rumah tumpangan sahaja pun dah berapa? Puteri Resort, Hotel Seri Malaysia, IRB ..dan ada lagi a few..
Bandar pelancongan lah katakan, memang semuanya ada...awal-awal lagi Negeri Melaka dah memberi anda pelbagai pilihan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Itu belum ambil kira kawasan Tapak Warisan Dunia yang di iktiraf baru-baru ini oleh UNESCO.Melaka dan George Town. Sambung yang tadi, Sampai sahaja di Trafik light yang pertama, Ada "Taman Seribu Bunga" dekat dengan perkarangan Seri Negeri, iaitu Pejabat Datuk Mohd Ali Rustam. Memang 'CM' agresif promosi pelancongan dalam Negeri.
Di Trafik lights yang pertama tu jugak, bila toleh kanan, itulah kawasan MITC - Melaka International Trade Centre. Kat situ jugaklah 'alien' pernah datang, tapak karnival Jom Heboh dan macam-macam program dan pesta-pesta untuk menarik pelancong di jalankan.Tak Lama lagi, dekat Trafik Lights yang pertama tu jugak, akan ada pusat shopping produk tekstil, pakaian, Batik, macam di nilai. Orang Dari Selatan tak payah ke Nilai dah..Kat Trafik Light yang pertama lepas tol ayer keroh ni pun dah boleh dapat semuanya.
Nak Main bowling? Tak lama lagi ada pusat bowling bertaraf antrabangsa yang sedang dalam pembinaan. Untuk Pelajar-pelajar sekolah atau universiti tempatan, Lawatan ke Institut Bioteknologi Melaka di MITC tentu menarik.
Tunggu apa lagi, kalau ada peluang, berkunjunglah ke Melaka....Bandaraya Bersejarah Tapak Warisan Dunia.

Thursday, November 20, 2008


Seorang peguam senior meragukan apakah maknanya kontrak sosial; dan apakah ada kontrak sosial wujud di negara kita? Jadi kalau ramai antara kita, rakyat biasa, juga ragu-ragu tentang kontrak sosial , maka tidaklah menghairankan. Kita bukan sejarawan politik atau ilmuwan undang-undang. Walau bagaimana pun eloklah kita mengetahui sedikit tentang kontrak sosial ini dalam sejarah bangsa kita kerana ada cendekiawan pernah berkata:" kalau kita jahil sejarah; sejarah akan menghina kita." Bukankah sejarah bangsa kita sangat panjang dan jauh ke belakang di persekitaran Selat Melaka? Kalau kita tidak menyorotinya , sejarah baru yang sedang berkembang akan mengaburkan hala tuju dan jati diri kita kerana ramai pemimpin politik yang berkuasa sekarang adalah elit-elit politik yang celik kuasa tetapi buta sejarah ; yang celik sejarah pula boleh memutar belitkannya.
Kontrak sosial adalah falsafah tentang perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah, dan kebebasan individu sebagai manusia untuk memenuhi potensinya dan mengucapkan keperibadiannya di bawah sesuatu kerajaan. Di sinilah letakknya martabat serta kemuliaan seseorang itu. Dalam Islam kewujudan, tugas dan tanggungjawab dan maruah manusia , dan peranan pemimpin, telah didakwah dan tarbiahkan dengan hebatnya sejak zaman kebangkitan Islam di Mekah dan Madinah 1400 tahun dahulu.Gagasan demokrasi yang menekankan kepentingan kemanusiaan berkembang di Itali sewaktu zaman Rennaisance (1350-1500); kemudian disuarakan pada abad 17 dan 18 di England oleh John Locke (1637-1704); dan di Perancis oleh Rousseau ( 1712-1778Locke berpendapat bahawa kerajaan yang sah hanya boleh dibentuk melalui kontrak antara rakyat dan negara. Rousseau menulis karyanya, The Social Contract, dan mengimpikan keharmonian antara masyarakat dan kerajaan tanpa paksaan, iaitu melalui perjanjian yang sukarela. Kedua-dua cendekiawan dan pemikir ini menentang pemerintahan yang autoritarian.Daripada fikiran-fikiran merekalah prinsip-prinsip pokok demokrasi boleh kita rumuskan (seperti kebebasan, persamaan, pemerintahan majoriti, dan kemerdekaan) yang telah memberi inspirasi kepada Revolusi Amerika pada abad ke-18.
Kontrak sosial tentang persetujuan perhubungan politik antara kelompok masyarakat, kaum dan golongan atasan dalam soal kehidupan bernegara memang pada hakikatnya berlaku dalam sejarah bangsa kita . Negeri-negeri Melayu yang beraja (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis) tidak pernah dijajah oleh Inggeris. Negeri-negeri Melayu Bersekutu hanya bersetuju dinaungi dan dilindungi oleh Inggeris. Sebab itu apabila tiba perundingan menggantikan Malayan Union, diadakan perundingan tiga penjuru: pihak Inggeris, pihak Raja-Raja dan UMNO yang kemudian membentuk Parti Perikatan (Melayu-Cina-India) pada tahun 1954.Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan kemudian (1955) telah ditugaskan menyediakan Perlembagaan Persekutuan . Suruhanjaya ini tentu mengambil kira pandangan dan perundingan pelbagai pihak sehingga terbentuknya Perlembagaan Persekutuan dengan perkara-perkara pokoknya: Kedudukan Raja-Raja, Hak Keistemewaan orang Melayu, Kedudukan Bahasa Melayu, dan Agama Islam sebagai agama negara . Maknanya kontrak sosial yang dimanifestasi melalui peruntukan-peruntukan pokok perlembagaan ini bukan hanya digubal dengan persetujuan antara kerajaan British dengan Parti Perikatan saja, tetapi juga dengan persetujuan pihak Raja-Raja.Persetujuan antara pemimpin politik Melayu-Cina-dan India , dengan pengikut masing-masing juga adalah satu kontrak sosial . Tentu telah dibincangkan antara Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin2 Cina dan India tentang kedudukan agama Islam, kedudukan Raja-raja, Bahasa Melayu , hak-hak keistemewaan Melayu, dan juga hak kerakyatan penduduk bukan Melayu pada waktu itu. Inilah kontrak sosial namanya walaupun tidak disebut istilahnya secara eksplisit.
Sebenarnya ungkapan kontrak sosial itu tak perlu disebut-sebut atau dinafikan , tetapi oleh kerana ada yang menggap perlembagaan itu berat sebelah dan memihak kepada orang Melayu, maka ada pejuang Melayu berasa terpaksa menyebutnya bagi mengingatkan hakikat bahawa ada perundingan dan persetujuan antara pelbagai pihak dahulu sehingga wujud kompromi seperti yang terhasil dalam perlembagaan .Dalam wacana dan ucapan di sana sini keadaan menjadi semakin getir apabila istilah ketuanan Melayu dikeluarkan. Bukan seluruhnya orang Melayu bersetuju dengan "ketuanan Melayu' itu kerana ia memberi konotasi bahawa kaum laindianggap sebagai kelas bawah , kelas rendah atau pengekor. Selain itu orang Melayu atau siapa saja boleh bermartabat tuan kalau dia berkuasa, lebih berilmu, berharta, berwibawa dan lebih cemerlang bahasa, budaya, kreativiti dan akhlaknya. Jadi kontrak sosial ini tidak boleh ditafsirkan sebagai bertujuan orang Melayu lebih mulia daripada rakyat lain. Ia diwujudkan sebagai memberi pengakuan terhadap kenyataan sejarah dan kerajaan Melayu yang sudah bermula sejak abad 14 lagi di Melaka, dan majoriti penduduk adalah Melayu.Kalau orang Melayu yang lebih 60% penduduk negara masih pada takuk 20% pemilikan ekuiti, jumlah kelompok profesional dan pengurusannya lebih rendah daripada bukan Melayu, diam di lokasi desa yang serba kekurangan kemudahan modern, dan bahasa Melayu yang jadi asas serta identiti tamadun Melayu itu semakin tergelunsur ke bawah, tak ada makna kita bercakap tentang ketuanan Melayu. Jadi yang penting ialah mempertahankan kedaulatan Melayu berasaskan peruntukan perlembagaan yang telah dipersetujui oleh perintis-perintis kemerdekaan , dan melaksanakannya dengan penuh komitmen .
Kalau pemimpin Melayu yang berkuasa sendiri lalai, leka, curang atau menjadi kacang lupakan kulit , tidaklah aneh kalau orang lain menjadi kaduk naik junjung. Salah siapa?Perlembagaan negara juga jelas menyebut tentang bahasa-bahasa dan agama-agama lain tidak dilarang , dan boleh diamalkan oleh masyarakat Cina , India dan lain-lain. Hanya perlembagaan tidak memberikan hak-hak keistemewaan ,kedudukan utama bahasa , kedudukan rasmi agama kepada bukan Melayu sehingga selalu dibangkitkan. Apakah perkara-perkara ini menindas dan digunakan untuk memundurkan kehidupan bukan Melayu? Kiranya masalah-masalah seperti ini yang patut didialogkan secara bijaksana antara pemimpin bagi kesejahteraan bersama supaya antara kaum kehidupan dan nasibnya lebih berimbang, dan bebas merealisir potensi masing-masing. Lagipun peruntukan2 perlembagaan itu boleh menghiburkan hati saja kalau dasar dan pelaksanaannya tidak berhasil menterjemahkan semangat perlembagaan itu. Sebab itu kita memerlukan bukan sekadar pemimpin politik, tetapi negarawan yang bijak, dan memandang negara jauh ke depan ke dalam kehidupan manusianya.Kontrak sosial yang menghasilkan Perlembagaan Persekutuan dengan peruntukan-peruntukan yang ada telah menjadi pokok rimbun yang berbatang tegap serta dahan yang kuat untuk semua bangsa bernaung di bawahnya. Kalau kita hendak mentafsirkannya sebagai menindas sesuatu kaum memang boleh disiapkan retoriknya. Kalau kita hendak mentafsirkannya sebagai hak ketuanan Melayu , boleh juga disediakan retoriknya. Tetapi apa gunanya kalau yang berasa tertindas masih berada dalam ruang bebas untuk meneruskan kejayaan hidupnya; dan yang berasa dirinya tuan masih terlunta-lunta untuk setaraf dengan orang lain. Ujian kebijaksanaanpolitik akhirnya terletak sejauh mana pemimpin-pemimpin politik berjaya merapatkan jurang emosi, budaya dan ekonomi antara Bumiputera-Cina-India. Selagi itu belum berhasil semua kita masih gagal. Kita gagal sebagai satu bangsa.

Monday, November 17, 2008


Bersua lagi....,

Sudah agak lama tak berkesempatan untuk update blog. Dalam perancangan, ada artikel dan isu-isu yang nak dikongsi bersama. Dah lama bersarang dalam kepala tapi tiada lagi kesempatan untuk berbicara. Banyak perkembangan baru berlaku, juga pengalaman-pengalaman yang telah dilalui beberapa waktu berlalu. Apakan daya, masa belum mengizinkan. Buat rakan-rakan blogger, selamat meneruskan perjuangan. Hidup ada pasang surutnya, ada ketikanya kita berasa dikelilingi ramai, tapi tak kurang juga terasa seperti bersendirian. Ada ruang masa yang panjang sehingga kadang-kadang kita tak tahu apa yang hendak dilakukan, juga sebaliknya. Memang benar kata Nabi, rebutlah masa lapang sebelum datang masa sibuk. Ok lah, sampai jumpa lagi.... wassalam.


PPSPS, UKM Bangi.

Thursday, November 13, 2008

Thursday, November 6, 2008

UCAPAN DARI LIDAH NEGARAWAN
(http://www.bahazain.blogspot.com)

Tengah hari tadi saya mengikuti ucapan McCaine di CNN setelah beliau ternyata tewas dalam persaingan menuju ke Rumah Putih di Washington. Dengan nada suara yang jelas, teratur dan lancar beliau mengucapkan tahniah kepada lawannya, Obama, dan menawarkan apa jua kerjasama yang diperlukan bagi memperkuat Amerika . Sesuai dengan visinya sebagai patriot bangsa, dan pengalamannya sebagai tawanan perang di Vietnam, dia tahu bila untuk berlawan dan bila untuk menerima kekalahan.

Ucapannya sangat cantik ungkapan bahasa Inggerisnya, tak menampakkan rasa dendam serta benci, dan sebagai gentleman menerima kekalahan dengan semangat demokrasi yang rasional dan matang. Dia memperlihatkan watak dan peribadi seorang patriot dan negarawan yang besar: menggunakan ekspresi bahasa ibundanya yang sangat kreatif , bermurah hati dengan tahniah dan harapan kepada pesaing politik, dan terus kuat menyeru penyokongnya supaya berganding bahu memperjuangkan negara walaupun dia gagal .

Ucapannya menyentuh hati musuh dan kawan, pengundi dan pengkritiknya; dan dia kalah dengan penuh kehormatan sesuai dengan statusnya sebagai seorang tokoh politik nasional. Walaupun dia tidak sampai ke Rumah Putih, tetapi dia telah menguji dengan gigihnya mutu kepemimpinan Obama supaya benar-benar berwibawa dan bijak untuk menjadi pemimpin jutaan rakyat. McCain kalah, tetapi dia tetap tidak hilang akal, budi bahasa, maruah dan hemahnya.

Bilakah agaknya kita akan memiliki seorang tokoh politik yang patriotik, ekspresif dalam lidah bangsanya, bermoral, dan berhemah tinggi?

Tuesday, November 4, 2008

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sebuah artikel yang digarap dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (4/11/08) amat menarik perhatian untuk dibaca dan wajar direnungi dengan sedalam-dalamnya. Oleh itu, saya petik kembali rencana tersebut untuk tatapan semua.

Rintihan bahasa Melayu

SUDAH 51 tahun bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Malaysia. Dalam tempoh itu berbagai perubahan berlaku di dalam sistem pelajaran dan pentadbiran bertujuan mendaulatkan bahasa kebangsaan. Rakyat berbilang kaum fasih berbahasa kebangsaan. Sistem pentadbiran kerajaan berjalan lancar tanpa gangguan serius.
Namun tidak dapat dinafikan wujudnya beberapa kelemahan berpunca dari transisi bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh membantut kelicinan pentadbiran dan pembangunan negara. Sebagai contoh ratusan ribu kalaupun tidak jutaan pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan mendapat kejayaan cemerlang.
Sebagai sebuah bekas jajahan British, ramai rakyat negara ini khususnya golongan lama yang besar di zaman penjajahan berasa satu macam nostalgia terhadap bahasa Inggeris. Lantaran itu seringkali kedengaran rintihan tentang merudumnya taraf bahasa Inggeris di kalangan generasi muda termasuk pegawai-pegawai kerajaan. Ini tidak dapat dinafikan.
Tetapi dalam banyak hal ia dibesar-besarkan oleh berbagai pihak dengan berbagai sebab tertentu. Antaranya oleh orang Melayu sendiri. Setiap hari akhbar-akhbar dipenuhi dengan rintihan dan tangisan tentang betapa lemahnya bahasa Inggeris khususnya di kalangan pegawai dan pelajar Melayu.
Tetapi tidak ada orang Melayu yang tidak mahu pandai dalam bahasa Inggeris. Cuma sistem pembelajaran sahaja yang kurang berkesan. Malahan orang Melayu menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa kedua negara. Kalau sistem lemah ia perlu dikaji semula. Namun martabat bahasa kebangsaan tetap dipelihara.
Perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan boleh disamakan dengan konsep mobiliti yang pernah penulis pelajari lebih 30 tahun lalu. Umpamanya anak seorang penoreh getah memasuki universiti, apabila tamat belajar dan bekerja, cara hidup dan pemikirannya berubah. Sudah pandai makan bersudu dan paling penting sudah ada tandas di dalam rumah tidak seperti ketika kecil-kecil di kampung.
Perbezaan ini semakin ketara apabila anak orang kampung ini berkahwin dan mendapat anak. Anak-anak yang dilahirkan di bandar-bandar sudah tidak mahu makan belacan dan tempoyak kerana busuk. Mereka juga lebih senang bercakap bahasa Inggeris sesama sendiri meskipun kadang-kala tak ubah macam rojak atau pasembur Pulau Pinang.
Ketika bahasa Thai, Indonesia dan Tagalog digunakan dengan menyeluruh di dalam dan luar negara, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semakin dipersoalkan. Agak kaget apabila melihat sekumpulan belia Indonesia keturunan China bercakap bahasa Indonesia sesama sendiri di sebuah pasar raya di Los Angeles, baru-baru ini.

Akhbar Melayu

Berdasarkan kepada loghat Amerika yang tebal (ketika bercakap dengan juruwang di kaunter) penulis rasa mereka bukannya lahir di Indonesia. Kemungkinan juga mereka datang ke Amerika ketika masih kecil. Tetapi apa yang menarik meskipun dilahirkan di Amerika mereka masih berbahasa Indonesia sesama mereka. Tiba-tiba sahaja penulis rasa rindu dengan Lagu Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman.
Seperti mana anak kampung yang lebih selesa makan dengan sudu (baik juga untuk kesihatan), kecintaan orang-orang Melayu terhadap bahasa kebangsaan nampaknya semakin tipis. Ini jelas kalau dikaji dari jumlah akhbar-akhbar Melayu yang dijual setiap hari. Ini adalah andaian yang paling mudah.
Penulis amat terkejut apabila membaca satu rencana di akhbar ini beberapa hari lalu yang jumlah jualan harian setiap akhbar utama Melayu hanya kira-kira 200,000 naskhah. Ini sesuatu yang tidak dapat dipercayai dibandingkan dengan jumlah orang Melayu yang dianggarkan kira-kira 16 juta dari 26 juta penduduk. Kalaulah sepuluh peratus orang Melayu membeli akhbar-akhbar Melayu sudah pasti jumlah akhbar-akhbar yang dijual melebihi 1.5 juta sehari. Ini satu fenomena yang amat malang. Pejuang-pejuang Melayu di zaman menuntut kemerdekaan bermati-matian berjuang untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sehingga ia diterima dan termaktub di dalam perlembagaan negara dan dasar pelajaran kebangsaan.
Ekoran itu penulis sekali lagi ingin menekankan betapa pentingnya matapelajaran sejarah diajar di sekolah-sekolah dari peringkat rendah dalam apa sahaja aliran (sains atau sastera) hingga ke peringkat universiti. Selain daripada itu matapelajaran politik dan sistem pemerintahan hendaklah dijadikan matapelajaran wajib kepada pelajar-pelajar menengah tinggi dan universiti.
Bahasa khususnya bahasa kebangsaan bukanlah sesuatu yang hanya cantik untuk dijadikan hiasan sebaliknya dipraktikkan. Ia adalah identiti sesebuah negara. Setiap negara di dunia mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri dan bahasa ini digunakan seluas-luasnya baik di sekolah, universiti atau pentadbiran seharian. Masalah tidak akan selesai sekadar mencampuradukkan satu dua mata pelajaran di dalam bahasa asing.
Dalam konteks Malaysia isu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris masih diperdebatkan. Ada di kalangan orang Melayu sendiri khususnya di bandar-bandar yang mahukan kedua-dua matapelajaran ini terus diajar di dalam bahasa Inggeris. Pokoknya setiap dasar hendaklah memenuhi kehendak majoriti dan berfaedah kepada negara. Paling penting setiap pelajar hendaklah berlumba di atas padang yang sama rata.
Mungkin benar juga kata pepatah Melayu "Lain padang lain belalang". Begitu juga dengan cita rasa generasi baru termasuk orang-orang Melayu sendiri yang dibesarkan dalam suasana mewah hasil perjuangan orang-orang terdahulu. Nampaknya sistem pelajaran yang dikatakan tempang ini berjaya membuka minda dan membolehkan rakyat berfikir dengan lebih kritikal.
Lalu penulis terfikir panjang kenapa Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan pemimpin-pemimpin terdahulu memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan tidak bahasa Inggeris umpamanya. Sedangkan sebelum merdeka bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi. Bukankah lebih mudah terus menerus menggunakan bahasa Inggeris. Paling menarik mereka adalah berlatarbelakangkan sistem pelajaran Inggeris.

Monday, November 3, 2008




Obama hampir capai impian ke White House

WASHINGTON 2 Nov. - Selepas bertarung selama 21 bulan, Barack Obama semakin menghampiri impiannya untuk menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS).

Pada 10 Februari 2007, Senator Illinois itu yang tidak begitu dikenali, berdiri di hadapan sebuah bangunan kerajaan dalam cuaca sejuk, sambil menggesa ribuan penyokongnya menyertai 'pertarungannya' untuk ke White House.

"Sekiranya anda menyertai saya dalam pertarungan ini, sekiranya anda merasai takdir dan nampak apa yang saya lihat, masa depan yang tidak ada penghujungnya ... jika anda merasai apa yang saya rasa, masa kini menyedarkan kita dari tidur kita dan membaluti perasaan takut kita ...maka saya bersedia untuk bersaing," kata Obama.

Kini, tinjauan pendapat yang diadakan di seluruh negara menunjukkan, beliau akan mengatasi pencabarnya daripada Parti Republikan, John McCain pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat pada Selasa ini.