Pages

Friday, September 18, 2009


28 RAMADHAN 1430H

Aidilfitri al-mubarak semakin menjelma. Kepada rakan-rakan blogger yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga gembira dan ceria berjumpa dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Jauh perjalanan luas pemandangan. Sekurang-kurangnya jauh memandu dapat merasai suasana lebaran yang semakin hampir. Saat seperti inilah yang sering dinantikan, tidak dapat digambarkan perasaan yang tersirat di hati, betapa bertuahnya dapat bersama-sama berhari raya bersama keluarga. Gunakanlah saat-saat indah ini untuk mengeratkan kembali ikatan silaturrahim yang agak lama diabaikan, lantaran kesibukan urusan dan kerjaya yang sering menjadi keutamaan. Inilah ketikanya kita berpeluang untuk bertanya khabar, juga mengingkap kisah dan kenangan silam yang telah dilalui bersama kerana memori yang indah itu menjadi pelengkap serta menceriakan kehidupan.

Ramadhan kali ini semakin ditinggalkan, kedatangannya dinanti, tetapi pemergiannya ditangisi. Semoga tarbiyah ramadhan ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri. Semoga bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang...insyaallah. Kepada keluarga tersayang, rakan-rakan seperjuangan, juga rakan-rakan di UKM Bangi, dan sahabat handai yang disanjungi serta kepada semua yang mengenali, saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas segala kesalahan, ketelanjuran kata dan tingkahlaku.

SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

(Jumpa lagi lepas raya....salam ingatan di angin lalu)

Friday, September 11, 2009

LAILATUL QADAR

21 RAMADHAN 1430 H

Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan perjalanan dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Sedar atau tidak, kita sudah berada pada penghujung ramadhan, 10 hari terakhir yang menjanjikan ganjaran yang tidak terhingga kepada kita, tidak lain tidak bukan ialah malam LAILATUL-QADAR.

Soalan: Bagaimana untuk kita mengetahui mengenai tanda-tanda kehadiran malam Lailatulqadar?

JAWAPAN: Kata sesetengah ulama, malam Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Wallahualam.

Thursday, September 10, 2009

Definition of Lailatul Qadar

Definition of Lailatul Qadar

The term Lailatul Qadar is made of two words. In Arabic, Lailat means night and Qadr means honour and dignity. Therefore, the term Lailatul Qadr refers to the night of honour and dignity. It is this night in which the first Divine Revelation came to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, when he was in meditation and prayer in the Cave of Hira’. Since this night enjoys the honour of having the first revelation brought to the Prophet sallalahu alayhi wasallam, it has been named Lailatul Qadr.

This is one of the holiest and most blessed nights, which is likely to occur on one of the odd nights on the last ten days of Ramadhaan, most likely to be the 27th. The reward of worship on this night is better than the worship of a thousand months of worship, equivalent to a person’s lifetime. So, on this night one should perform the night prayers, recite the Qura’n, do tasbih, zikr and du’as as much as possible.

This night had already opened its gates of treasures when the angel for the first time had come with the Divine Message in the cave of Hira, but its auspiciousness has continued to be with us permanently. Every year in the month of Ramadhaan, this night is given to the Ummah. Muslims engage in prayers, recitation of Qur’an and praying to Allah. As the Prophet sallalahu alayhi wasallam was reported to have said:

“The person who offered prayers to Allah in the night of Dignity with faith and with hope of reward from Allah, all his past sins have been forgiven.” (reported by Bukhari)

In the Hadith, we have been asked to seek it in the last ten nights of the month of Ramadhaan. A’ishah radhiyallahu anhaa narrates that the Messenger of Allah sallalahu alayhi wasallam has said:

“Seek the night of Dignity in the odd nights of the last ten days of Ramadhan.” (reported by Bukhari)

By odd nights, the reference is made to the 21st, 23rd, 25th, 27th, 29th night of the month of Ramadhaan. No one night has been fixed so that the yearning to find it may increase and people may spend more nights in worshiping Allah. From this aspect, the importance of `Itikaaf (seclusion) during the last ten days of Ramadhaan is clear.

Saturday, August 29, 2009

KISAH RAMADHAN 2

Empat golongan lelaki yang ditarik oleh wanita ke neraka

Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat……tidak cukup kalau dengan hanya member kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2) Suaminya

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri…..walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3) Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM….tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4) Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang / anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar. Firman Allah subhanahuwata’ala yang bermaksud;

“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka, dimana bahan pembakarannya ialah manusia dan batu-batu…….”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda, serta anak-anak lelaki anda….kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri…jalankan perintah Allah S.W.T dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas…

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik oleh mana-mana pihak atau tertarik mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan Syurga… semua kaum muslim masuk syurga….janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKINYA TANPA HISAB

AMIN………YA RABBALA’LAMIN

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA....