Foong ketuai Suruhanjaya Siasatan kes   Beng Hock
Oleh Magendran Rajagopal
2011/01/27 (http://www.bharian.com.my)
PM umum pelantikan selepas diperkenan Seri PadukaPUTRAJAYA:   Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong, dilantik sebagai  pengerusi Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kematian bekas  pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock serta perjalanan siasatan oleh  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
Empat ahli  lain ialah bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Kadir Sulaiman; bekas  Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T Selventhiranathan; Pakar Perunding  Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang,  Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikatri Forensik yang juga  Dekan Fakulti Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr  Mohamed Hatta Shahrom.
Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana  Menteri, Datuk Saripuddin Kasim pula dilantik Setiausaha, manakala  Timbalan Ketua Bahagian Guaman I, Amarjeet Singh; Timbalan Pendakwa  Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud dan Timbalan Pendakwa Raya, Kwan Li  Sa turut dilantik selaku Pegawai Pengendali suruhanjaya berkenaan. 
Pelantikan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam  selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal  Abidin.
“Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin  sudah berkenan dengan cadangan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan  bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di bawah Akta Suruhanjaya  Siasatan 1950," katanya dalam kenyataan.
Kerajaan menetapkan  terma rujukan suruhanjaya terbabit untuk menyiasat sama ada wujud  apa-apa ketidakwajaran dalam perjalanan pemeriksaan Beng Hock dalam  perjalanan penyiasatan laporan Shah Alam nombor 0052/2009 oleh SPRM  berhubung Perintah-Perintah Tetap dan amalannya dan mengesyorkan  tindakan yang sesuai, jika perlu.
Suruhanjaya itu juga  bertanggungjawab menyiasat kematian Beng Hock dan hal keadaan yang  menyelubungi dan membawa kepada kematiannya.     
Najib berkata, suruhanjaya dikehendaki menyelesaikan siasatan  dalam tempoh tiga bulan dari tarikh tauliah pelantikan dikeluarkan dan  laporan harus diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.   
Suruhanjaya berkenaan ditubuhkan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.
 
      
 

 Sebelum  ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila  Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak  Julai tahun lalu.
Sebelum  ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila  Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak  Julai tahun lalu. Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.