Usul lantik ADUN BN ketuai PAC S'gor dilulus | |||||
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul untuk melantik wakil rakyat pembangkang dari BN sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri, telah diluluskan.
Ia diluluskan walaupun bantah oleh wakil rakyat BN sewaktu usul itu dibahaskan dan kemudiannya mereka mengundi menolaknya.
Berikutan itu, Shamsudin Mohd Lias (BN-Sungai Burong) dilantik sebagai pengerusi baru PAC Selangor yang dianggap sebagai satu sejarah.
Adalah satu bagi di negara-negara maju yang mengamal demokrasi untuk melantik wakil rakyat pembangkang mengetuai jawatankuasa yang serupa dengannya, tetapi Parlimen yang dikuasai BN, sehingga ini, enggan berbuat demikian.
Ketika membentangkan usul tersebut, Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail berkata inisiatif yang diambil kerajaan negeri itu menunjukkan komitmennya dalam menegakkan prinsip-prinsip kecekapan, pertanggungjawaban dan ketelusan.
Beliau menyifatkannya sebagai satu saat bersejarah apabila kerajaan negeri bersedia membuka jalan untuk semak dan imbang.
Rodziah kata pelantikan Shamsudin, jika diluluskan oleh Dewan, akan mempromosikan budaya politik yang sihat dalam pentadbiran.
Pengalaman Shamsudin dalam bidang audit dan semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah, menjadikannya sebagai calon yang sesuai untuk menerajui PAC, tambahnya.
Ini, tegas Rodziah, menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan negeri Selangor untuk berdepan dengan banyak isu-isu seperti pelombongan (haram) pasir.
No comments:
Post a Comment