

MUHASABAH DIRI
Muhasabah diri. Satu pendekatan yang digunakan bagi memperbaiki kelemahan diri. Untuk menilai dan merenung semula baik buruk segala sesuatu yang dilakukan. Ianya bertujuan mengelakkan diri kita daripada melakukan kesilapan yang sama berulang2 kali. Kita sememangnya manusia yang sering lalai dan lemah juga tidak dapat lari dari melakukan khilaf. Untuk itu, anugerah yang tersangat unik telah diberikan oleh pencipta kita yang Maha Agung hanya untuk makhlukNya yang bernama manusia, "Anugerah Akal". Oleh itu, gunakanlah anugerah ini dengan sebaiknya bagi kita bermuhasbah, berfikir seterusnya memperbaiki kelemahan untuk menjadi yang lebih baik. Dan, untuk itu, jgn pula kita hanya memikirkan tentang kebaikan yang dilakukan. .. Na'uzubillahiminzalik.
Saya menulis disini bertujuan mengingatkan diri sendiri juga sahabat2 diluar sana kerana salah satu tujuan penciptaan manusia adalah sebagai khalifah di bumi ciptaanNya. Tegur-menegur, nasihat-menasihati memainkan peranan antara kita semua supaya kita dapat menilai seterusnya bermuhasabah bagi mengelakkan diri melakukan kesilapan lagi. Tawakkal, istiqamah, seterusnya husnul khatimah.....Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment