Pages

Friday, July 17, 2009

IPT - Budaya Penyelidikan atau 'exam oriented'?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...,

Hampir semua IPT di negara kita sudah memulakan pengajian untuk semester I bagi sesi 2009/2010. Begitu juga keadaannya di UKM kerana pada minggu ini merupakan minggu pertama sesi pengajiannya bermula. Lazimnya pada awal semester, mahasiswa/i sudah mula menghadiri kuliah dan juga menyusun jadual tutorial / seminar untuk semester yang pertama ini. Namun, sesuatu yang agak janggal kelihatan ialah pada ketika ini masih tidak ramai lagi mahasiswa/i yang mengunjungi perpustakaan sama ada untuk mencari bahan atau membuat perbincangan bersama rakan-rakan. Fenomena ini saya lihat sudah biasa berlaku terutamanya pada awal sesi pengajian setiap semester, lantas menimbulkan persoalan - adakah segelintir mahasiswa/i di IPTA khususnya masih mengamalkan budaya '
last minute' dalam pengajian sebagaimana yang sering diamalkan semasa di alam persekolahan? Hal ini merupakan antara persoalan yang boleh kita bincangkan bersama memandangkan budaya penyelidikan merupakan agenda penting pada peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Dengan mengambil contoh di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM, bilangan mahasiswa/i yang mengunjungi perpustakaan masih tidak ramai, terutama pada waktu petang dan pada sebelah malam. Biasanya suasana di perpustakaan tersebut sunyi sepi dan 'aman damai' terutama selepas jam 7.00 petang. Tetapi sebaliknya, apabila menjelang minggu peperiksaan, perpustakaan menjadi tempat tumpuan utama dan kelihatan 'meriah' sepanjang masa. Pelbagai persoalan mungkin timbul dan boleh dibincangkan mengenai fenomena ini. Adakah budaya penyelidikan kurang menjadi 'trend' kehidupan di kampus atau masih berpegang kepada 'exam oriented'? Renung-renungkanlah....Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment