Pages

Sunday, July 19, 2009

BOLA SEPAK DAN PPSMI

Assalamualaikum w.b.t...,

Apabila saya menatap Mingguan Malaysia hari ini 19 Julai 2009 (Ahad), saya tertarik dengan dua tajuk berita - 'KALAH KITA BERMARUAH' kata K. Rajagopal dgn merujuk kepada keputusan perlawanan antara Pilihan Malaysia dengan Manchester United. Sebuah lagi tajuk berita yang menarik ialah 'PPSMI SATU KESILAPAN' - Prof DiRaja Ungku Aziz. Dua buah rencana, satu membincangkan tentang fenomena sukan bolasepak tanah air dan satu lagi tentang isu PPSMI yang telahpun diketahui umum. Saya berpandangan kedua-dua isu yang diutarakan amat relevan dengan perkembangan semasa dan ia amat memudahkan untuk masyarakat memperoleh maklumat dan pandangan tentang perkembangan sukan bolasepak dan isu PPSMI. Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang, namun saya 'tabik' kepada skuad bawah 23 tahun negara kerana menunjukkan aksi yang menarik dan jangan lupa teruskan perjuangan pada perlawanan kedua menetang MU pada hari Isnin nanti (20 Julai 2009). Buktikan Malaysia Boleh ! Buat Pak Ungku, itulah intipati pandangan beliau tentang PPSMI. Saya 'angkat topi' kepada beliau kerana berani berterus-terang dan istiqamah dalam menyatakan kebenaran. Jumpa lagi....

Friday, July 17, 2009

IPT - Budaya Penyelidikan atau 'exam oriented'?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...,

Hampir semua IPT di negara kita sudah memulakan pengajian untuk semester I bagi sesi 2009/2010. Begitu juga keadaannya di UKM kerana pada minggu ini merupakan minggu pertama sesi pengajiannya bermula. Lazimnya pada awal semester, mahasiswa/i sudah mula menghadiri kuliah dan juga menyusun jadual tutorial / seminar untuk semester yang pertama ini. Namun, sesuatu yang agak janggal kelihatan ialah pada ketika ini masih tidak ramai lagi mahasiswa/i yang mengunjungi perpustakaan sama ada untuk mencari bahan atau membuat perbincangan bersama rakan-rakan. Fenomena ini saya lihat sudah biasa berlaku terutamanya pada awal sesi pengajian setiap semester, lantas menimbulkan persoalan - adakah segelintir mahasiswa/i di IPTA khususnya masih mengamalkan budaya '
last minute' dalam pengajian sebagaimana yang sering diamalkan semasa di alam persekolahan? Hal ini merupakan antara persoalan yang boleh kita bincangkan bersama memandangkan budaya penyelidikan merupakan agenda penting pada peringkat pengajian tinggi di Malaysia. Dengan mengambil contoh di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM, bilangan mahasiswa/i yang mengunjungi perpustakaan masih tidak ramai, terutama pada waktu petang dan pada sebelah malam. Biasanya suasana di perpustakaan tersebut sunyi sepi dan 'aman damai' terutama selepas jam 7.00 petang. Tetapi sebaliknya, apabila menjelang minggu peperiksaan, perpustakaan menjadi tempat tumpuan utama dan kelihatan 'meriah' sepanjang masa. Pelbagai persoalan mungkin timbul dan boleh dibincangkan mengenai fenomena ini. Adakah budaya penyelidikan kurang menjadi 'trend' kehidupan di kampus atau masih berpegang kepada 'exam oriented'? Renung-renungkanlah....Jumpa lagi.

Monday, July 13, 2009

China Islam Indonesia desak negara Islam bantu Uighur

JAKARTA 12 Julai - Persatuan China Muslim Indonesia (PITI) menyelar tindakan ganas China terhadap masyarakat minoriti Uighur Islam dan kesal dengan sikap membisu negara-negara Islam terhadap penderitaan akibat diskriminasi yang ditanggung mereka.

"Masyarakat China Islam kini terpinggir dalam dunia Islam. Mereka telah melalui penderitaan yang berpanjangan dan diabaikan," kata jurucakap PITI, Steven Indra Wijaya kepada Jakarta Post melalui panggilan telefon.

"Kami minta seluruh umat Islam mengenepikan soal identiti etnik masing-masing dan bantulah saudara seagama Uighur."

Lebih 180 orang terbunuh dalam rusuhan dan keganasan etnik yang melibatkan puak Han dan Uighur di wilayah Xinjiang. Rusuhan berlaku apabila ribuan orang Uighur berarak membuat bantahan ekoran pembunuhan ke atas dua pekerja kilang kaum berkenaan di Guangdong.

Tifatul Sembiring, Pengerusi Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang berlandaskan Islam mengutuk pembunuhan umat Islam di Xinjiang.

"Sebagai sebahagian masyarakat antarabangsa, kerajaan China mesti menghentikan segala bentuk tindakan yang mencabul hak asasi kemanusiaan.

"China tidak boleh terus bertindak sewenang-wenang ke atas orang-orang yang berpegang dengan agama kepercayaan berlainan. Kami mendesak kerajaan China agar mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam pembunuhan," katanya.

PKS juga mahu badan antarabangsa hak asasi manusia membuat siasatan segera kejadian tersebut.

Kerajaan China bagaimana menuduh puak pemisah yang hidup dalam buangan sebagai dalang. - AGENSI

Thursday, July 9, 2009

Belasungkawa PPSMI

Seorang pesakit sedang terbaring di atas katil pesakit. Masih awal untuk dimasukkan ke dalam bilik ICU. Saluran getah kecil berselirat dan wayar berbagai warna bertindah-tindih dan rentak bunyi jantung semakin perlahan. Dia masih bernyawa. Doktor sudah hilang akal untuk memulihkannya. Setiap pelawat yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala. Kata doktor lagi hayatnya hanya tiga tahun lagi.Mulai 2012 alat bantuan penafasan akan ditanggalkan dan ketika itu anda boleh mengucapkan Belasungkawa PPSMI!

(dipetik drpd : http://biblioholikafe.blogspot.com/)

Tuesday, July 7, 2009






Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera....

Hr ni br belajar buat facebook, so sudi-sudikanlah mengunjungi facebook saya....TQ.