Pages

Thursday, March 26, 2009

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog,

Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakan blogger yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Sokongan tersebut amat saya hargai dan melalui pengalaman mengendalikan blog ini, sudah banyak ilmu dan maklumat baharu yang telah saya perolehi daripada rakan-rakan blogger. Saya berkeyakinan dan menyedari bahawa masih banyak lagi maklumat dan ilmu yang perlu saya teroka, justeru saya amat mengharapkan sokongan yang berterusan dari rakan-rakan. Untuk pengetahuan semua, esok 27 Mac 2009 (Jumaat) saya akan 'terbang' ke Kuching bersama-sama dengan tujuh orang rakan yang lain untuk lawatan dan pada kesempatan tersebut, saya turut berpeluang untuk menemui keluarga angkat di Kampung Bako dan juga rakan-rakan seperjuangan semasa menuntut di UM dan juga ketika menghuni Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, UM. Oleh itu, saya berharap rakan-rakan dan juga para pengunjung blog mendoakan agar saya selamat pergi dan pulang semula pada hari Ahad 29 Mac 2009. Insyaallah saya akan cuba untuk berkongsi pengalaman sepanjang saya berada di Kuching nanti. Jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment