(www.malaysiakini.com)
ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.
 Allahyarham dikatakan  menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital  selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.
Allahyarham dikatakan  menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital  selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.Menurut  laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor  Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh  mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia di hospital  berkenaan pada jam 7.15 petang.
"Datuk Zaharuddin disahkan  meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di  Kuantan.
Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali  keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.
Kali  terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad  Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.
 Sementara itu, ahli  parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang  terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan  dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia  ketika diberi rawatan.
Sementara itu, ahli  parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang  terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan  dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia  ketika diberi rawatan."Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.
Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Dikebumikan esok
Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di  Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok. 
Perkembangan itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal  diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil  pertama di Pahang.
Mengikut undang-undang pilihan  raya, Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mesti mengadakan pilihan raya  kecil dalam tempoh 60 hari.
Ketika ini, parti-parti  politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya kecil ke-15 bagi  mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau, Melaka akibat  kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit jantung.
Zaharuddin, 63,  menang kerusi DUN Kerdau pada pilihan raya umum  2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim.
12 wakil rakyat meninggal dunia 
Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
 Sejak pilihan raya  umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai  penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan  paru-paru.
Sejak pilihan raya  umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat pelbagai  penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan jangkitan  paru-paru.Daripada baki itu, tiga pilihan raya kecil  terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi  masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di  Penanti dan Bukit Selambau.
Pilihan raya kecil pula  terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk   Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini  dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara.
 
