Pages

Friday, September 26, 2008

26 RAMADHAN 1429H

Aidilfitri al-mubarak semakin menjelma. Kepada rakan-rakan blogger yang pulang ke kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga gembira dan ceria berjumpa dengan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Jauh perjalanan luas pemandangan. Sekurang-kurangnya jauh memandu dapat merasai suasana lebaran yang semakin hampir. Saat seperti inilah yang sering dinantikan, tidak dapat digambarkan perasaan yang tersirat di hati, betapa bertuahnya dapat bersama-sama berhari raya bersama keluarga. Gunakanlah saat-saat indah ini untuk mengeratkan kembali ikatan silaturrahim yang agak lama diabaikan, lantaran kesibukan urusan dan kerjaya yang sering menjadi keutamaan. Inilah ketikanya kita berpeluang untuk bertanya khabar, juga mengingkap kisah dan kenangan silam yang telah dilalui bersama kerana memori yang indah itu menjadi pelengkap serta menceriakan kehidupan.

Ramadhan kali ini semakin ditinggalkan, kedatangannya dinanti, tetapi pemergiannya ditangisi. Semoga tarbiyah ramadhan ini meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri. Semoga bertemu lagi pada ramadhan yang akan datang...insyaallah. kepada keluarga tersayang, rakan-rakan seperjuangan, juga rakan-rakan di UKM Bangi, dan sahabat handai yang disanjungi serta kepada semua yang mengenali, saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf, zahir dan batin atas segala kesalahan, ketelanjuran kata dan tingkahlaku. SALAM AIDILFITRI.

(Jumpa lagi lepas raya....salam ingatan di angin lalu)

Thursday, September 25, 2008



25 RAMADHAN 1429H

Khamis, 25 SEPTEMBER 2008 : hari lahir ke-32.

Wednesday, September 24, 2008


Id ul-Fitr
Official name Eid, Eid ul-Fitr Arabic: عيد الفطر (meaning Feast of the Breaking of the Fast)
Also called Idul Fitri, Hari Lebaran (Indonesia); Hari Raya Puasa, Hari Lebaran (Malaysia); Shemai Eid (Bangladesh); Ramazan Bayramı (Turkic)
Observed by Muslims
Type Religious holiday
Significance Marks the end of Ramadan, the fasting month
Date 1 Shawwal
2007 date 12 October/13 October
2008 date 1 October
2009 date 21 September
Celebrations Prayer, giving gifts and charity, visiting family and friends
Observances Salaat
Related to Ramadan, 29-30 consecutive days of fasting (during daylight)

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, الله أكبر الله أكبر الله أكبر
la ilaha illa Allah لا إله إلا الله
Allahu akbar, Allahu akbar الله أكبر الله أكبر
wa li-illahi al-hamd ولله الحمد
God is the Greatest, God is the Greatest, God is the Greatest,
There is no deity but God
God is the Greatest, God is the Greatest
and to God goes all praise




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1429 H

24 RAMADHAN 1429 H
“Adalah menjadi tanggungjawab media menghormati hari raya dengan menyiarkan program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Amat malang jika tujuan Hari Raya untuk kita membesarkan Allah dan bergembira dengan disiplin dan peraturan yang ditentukan syarak, tiba-tiba siaran media kita menyiarkan apa yang bertentangan dengan itu.

Islam bukanlah jumud sehingga menghalang umatnya bergembira dan berseronok suka. Namun, bukanlah dengan cara yang jelas dilarang oleh Islam seperti gelagat-gelagat artis dalam media atau filem yang melampaui batasan yang wajar. Tidak wajar disiarkan lakonan atau tarian yang tidak dapat diterima oleh penilaian syarak.

Hari Raya adalah manifestasi daripada ibadah puasa di bulan Ramadan. Jangan media asyik mencemarinya saban tahun. Sepatutnya, jika benar-benar ada kesungguhan, banyak yang dapat diselamatkan dalam kehidupan muda-mudi hari ini. Namun, apabila kita cakap lain sementara tindakan kita lain, maka rosaklah generasi kita”.

(Minda Mufti, 23 September 2007)

Monday, September 22, 2008

AKHIR RAMADHAN 1429H

22 RAMADHAN 1429 H

Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan perjalanan dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Sedar atau tidak, kita sudah berada pada penghujung ramadhan, 10 hari terakhir yang menjanjikan ganjaran yang tidak terhingga kepada kita, tidak lain tidak bukan ialah malam LAILATUL-QADAR.

Soalan: Bagaimana untuk kita mengetahui mengenai tanda-tanda kehadiran malam Lailatulqadar?

JAWAPAN: Kata sesetengah ulama, malam Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa. Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''. Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Wallahualam.


VIDEO LANGKAWI 2008

Tuesday, September 9, 2008

HIKMAH RAMADHAN

09 Ramadhan 1429

"Ramadhan dianggap bulan 'shahrul muasadt' yang memperluaskan rezeki kepada sesiapa sahaja dan pada bulan ini juga Allah swt meringankan kepada mereka yang mahu bersedekah. Rasulullah s.a.w dalam khutbah di akhir Sya'aban berkata, 'inilah bulan simpati terhadap sesama manusia. Barang siapa memberi makan untuk berbuka puasa kepada orang yang berpuasa maka dibalas kepadanya dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan dibebaskan daripada api neraka jahanam. Dan dia juga memperoleh ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tanpa sedikit pun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu'.

Pada bulan Ramadhan, Allah melontarkan ke dalam hati mereka satu perasaan untuk bersedekah sebagaimana Rasulullah s.a.w sendiri yang terkenal sebagai seorang yang kuat bersedekah. Di bulan yang mulia ini baginda bertambah-tambah pemurah lagi untuk bersedekah..."

Semoga terus diberikan kekuatan dan istiqamah dalam meneruskan ibadah puasa ramadhan pada kali ini.

Monday, September 8, 2008

SELAMAT BERPUASA


08 RAMADHAN 1429...TELAH LAMA TIDAK BERSUA DI ALAM SIBER. KINI RAMADHAN AL-MUBARAK MENJELMA LAGI. SEMOGA TARBIYAH RAMADHAN MEMBERIKAN KEKUATAN DALAM MENGHARUNGI CABARAN KEHIDUPAN.

BUAT RENUNGAN SEMUA, SAYA SERTAKAN SEBUAH ARTIKEL PILIHAN UNTUK TATAPAN BERSAMA....

Sukarnya istiqamah mempertahankan kebenaran


Perkara yang amat sukar dalam hidup ini adalah istiqamah atas kebenaran. Istiqamah bermaksud berdiri teguh sepanjang masa berada atas kebenaran dan petunjuk, tanpa berpaling ke kiri atau ke kanan.

Kata Saidina ‘Umar bin al-Khattab: Istiqamah itu kamu berdiri terus mematuhi suruhan dan larangan Allah tanpa berubah-ubah seperti musang (Ibn Qayyim, Tahzib Madarij al-Salikin, 2/528, Beirut: Muassasah Fuad). Inilah perkara yang ringkas disebut, berat untuk dilaksanakan dalam hidup. Jadi, istiqamah mempertahankan kebenaran bererti sentiasa berdiri teguh menegakkan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun.

Mempertahankan kebenaran secara istiqamah bukanlah tugas yang ringan. Sekalipun ramai yang pandai berceramah atau berslogan sakan tentang kewajipan dan amanah berdiri teguh atas kebenaran, tetapi belum tentu yang berceramah itu sanggup menghadapi badai cabaran pada setiap musim. Jika ada yang sanggup mempertahankan kebenaran dalam beberapa keadaan, malangnya apabila tiba waktu tertentu, dia gugur dan layu. Ada yang lantang mempertahankan kebenaran bukan kerana kebenaran itu dituntut, tetapi kerana merasakan ‘pasaran’ tajuk tersebut laris untuk dilelong, maka dia pun sakan berkempen. Sehingga sekali pandang seakan dia pejuang kebenaran. Malangnya, apabila tiba pada masa kebenaran itu tidak mendapat sambutan, dia pun menyembunyikan diri dan lari. Bahkan lebih buruk lagi, dia pun mungkin akan bersekongkol dalam menyindir atau menentang kebenaran. Insan yang beristiqamah tidak sedemikian rupa. Dia akan mempertahankan kebenaran di kala orang ramai suka dan tidak suka. Di kala kebenaran diterima ramai, atau ditolak orang. Tanpa mengira, sama ada mempertahankan kebenaran itu mengundang untung, atau rugi. Sama ada dia disukai kerananya, atau dibenci. Kebenaran adalah kebenaran. Dia tidak akan menukarkan kebenaran dengan kebatilan hanya disebabkan kepentingan habuan yang diharapkan, atau pangkat yang diidamkan.

Ramai insan yang telah mengorbankan kebenaran kerana sayangkan hartanya. Ada yang menolak kebenaran hanya kerana pangkat yang dipegangnya. Bukan kerana mereka tidak tahu yang benar itu benar. Justeru itu Allah mengingatkan Bani Israil yang merupakan kaum yang mengetahui kebenaran yang pernah turun kepada Nabi Musa a.s. Mereka sepatutnya menjadi orang yang awal beriman dengan Nabi Muhammad saw kerana mereka memahami kebenaran. Malangnya mereka menolak, atas kepentingan. Firman Allah: (maksudnya) Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu Dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaknya kamu merasa gerun. Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang membenarkan kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula kafir (ingkar) dengannya; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat- ayatKu (sebagai harga untuk) membeli perkara-perkara yang murah; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula pada hal kamu semua mengetahuinya. (Surah al-Baqarah, ayat 40-42).

(Dipetik daripada PENA MUFTI oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Utusan Malaysia, 07/09/2008)