Pages

Thursday, October 29, 2009

BACAAN POPULAR


Melalui buku Saya Pun Melayu, pembaca berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas siapa Zaid Ibrahim. Kenapa beliau meletak jawatan sebagai Menteri dan seterusnya dipecat daripada UMNO yang disertainya sejak 23 tahun, dan juga mengapa sesetengah pemimpin UMNO begitu membencinya sehingga ada yang mendesaknya keluar daripada rumpun Melayu. Anda akan mengetahui rahsia di sebalik kritikan beliau terhadap konsep Ketuanan Melayu serta pandangannya berhubung kedudukan Raja-Raja Melayu dari segi undang-undang dan politik. Beliau juga berkongsi pengalaman sebagai anggota kabinet Abdullah Ahmad Badawi serta mengupas sejauh mana kemampuan Najib Tun Razak untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Tulisan Zaid Ibrahim mungkin menimbulkan kontroversi tetapi bagi beliau, kebenaran harus ditampilkan walaupun pahit. Buku ini menampilkan pandangan, kritikan dan cadangan beliau yang ingin melihat demokrasi dipupuk dan disuburkan di negara ini. Tulisannya jelas, jitu dan padu. Saya Pun Melayu sememangnya sebuah buku yang menarik, berani serta seronok dibaca kerana ia membolehkan kita memahami lebih mendalam tentang kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda Malaysia masa kini.

Selamat membaca....

No comments:

Post a Comment