Pages

Thursday, January 29, 2009

Tulisan ini saya petik dari http//www.bahazain.blogspot.com. Selamat membaca.

Seratus dua puluh tahun yang lalu, orang Melayu daripada kaca mata seorang pentadbir Inggeris , beginilah rupanya:

" Sifat-sifat Melayu itu, dalam satu segi, mencerminkan persekitarannya. Dia bergaya dan bersopan santun, seperti bayu yang selalu menggetarkan daun-daun dusun sewaktu dia duduk termenung berangan-angan di bawah cahaya matahari di tebing salah satu daripada sungai-sungainya yang berair jernih. Ada waktunya, dia berbahaya dan tak menentu seperti ribut Sumatra, yang tiba-tiba menjelma dan dalam beberapa minit memusnahkan apa jua di depan matanya. Itulah keadaan fikirannya yang membuat dia mengamuk, satu bentuk mania yang cenderung membunuh tanpa tolak ansur lagi. Kedaan ini semakin berkurangan walaupun pada zaman tradisi peristiwa demikian biasa terjadi dalam masyarakat ini...

Apa yang membuat dia sebagai seorang gentleman yang semula jadi susah hendak diterangkan , kerana asal usul bangsa Melayu tidak diketahui, walaupun besar kemungkinan sepanjang beberapa abad berkembang di Sumatera, Jawa, dan Semenanjung Tanah Melayu, dan di kepulauan-kepulauan sekitarnya, asalnya datang dari India. Kehidupannya di pinggir hutan yang dipenuhi dengan binatang-binatang liar menjadikannya pemburu, dan daripada sungai serta lautan sebagai sumber pendapatan yang mudah, menjadikan dia pelayar yang mahir dan perenang serta penyelam yang hebat.

Sifat utamanya ialah enggan bekerja kuat terus-terusan; cuaca dan tanahnya membuat dia percaya bahawa dengan sedikit usaha, kehidupan tetap boleh diteruskan, dan dia menerima hakikat ini. Dalam iklim yang tidak betul-betul sejuk, di mana kayu api mudah diperolehi untuk membakar, dan bahan-bahan membuat tempat tinggal senang dicari tanpa banyak belanja; untuk hidup bagi orang sihat yang tak bercita-cita tinggi tidaklah susah... Melayu adalah "Mohamedans " dan tidak meminum barang yang memabukkan, tetapi merokok tembakau tempatan atau yang diimpot, dan itulah kemewahannya. Semua yang tersebut di atas berlaku di kalangan yang miskin walaupun sebahagian besarnya pemilik tanah.

Orang Melayu itu kuat, bertubuh baik, tampan, dan berkelakuan menarik, dan apabila dia berminat dia boleh membuat apa saja serta tabah. Duit bukan selalu mendorong dia berkelakuan begitu, tetapi naluri baik hati, atau keinginannya untuk menyenangkan hati orang yang disukainya atau dihormatinya , akan melahirkan sifat-sifat terpuji yang ada dalam dirinya.

Bagi orang-orang Inggeris yang bersimpati, orang Melayu itu sangatlah menyenangkan, kalau mereka faham akan dia, dan dia pula faham akan mereka."

Rujukan : Sir Frank Swettenham, " The Malay States and Their Tropic Life", dlm J.A. Hammerton ( Edit.) People of All Nations: Their Life Today and the Story of their Past, Jilid II, (London: Educational Book. Co , Limited, N.D. ), Hal. 878-879.


Swettenham mula tiba ke Tanah Melayu pada usia muda 19 tahun selepas belajar di Cambridge. Dia pertama kali melawat Selangor pad tahun 1872, dan pada tahun 1882 dilantik sebagai Residen British di Selangor. British tak berbuat banyak membangunkan negeri ini, tetapi pada waktu beliau di Selangor (1882-89), dia telah memberi banyak perhatian dan seperti Hugh Low di Perak , dia membuat banyak perubahan . Swettenham adalah antara pegawai-pegawai pentadbir British yang dianggap memberi banyak pengertian kepada orang Melayu seperti Ernest Birch (anak JWW Birch yang dibunuh), Wilkinson, dan Hugh Low.

Itulah tanggapan yang diberikan oleh Swettenham, dan imej Melayu itu tidak sama dengan imej Cina dan India yang dilukiskan olehnya. Bagaimana pun itulah Melayu di mata Mat Salleh pada zaman satu abad yang lalu. Bersetujukah anda ? Bagaimana Cina dan India sekarang melihat Melayu? Orang Melayu mesti belajar mengetahuinya. Demikian juga sebaliknya supaya masyarakat Malaysia tidak hidup dalam persepsi yang kacau; dalam pride yang palsu, dan prejudis yang liar.

Tuesday, December 16, 2008



PRESIDEN BUSH, KASUT DAN ANJING (2) - Kegerhanaan di senja kuasa


Kisah semalam terus menarik perhatian. Jadi, saya sertakan gambar berkaitan peristiwa yang semua telah sedia maklum. Begitulah, ucapan 'selamat tinggal' yang diberikan kepada Bush. Bagi orang Arab, melemparkan kasut kepada seseorang merupakan tanda penghinaan terhadap individu tersebut. Jika kita masih ingat, pada saat-saat kejatuhan Presiden Saddam Hussien, patung besar beliau turut dijatuhkan dan beberapa orang pemuda Iraq memukul kepala patung tersebut dengan menggunakan kasut. Mungkin itulah satu-satunya kenangan yang paling tidak dapat dilupakan oleh Presiden Amerika itu sepanjang hayatnya.






Monday, December 15, 2008

PRESIDEN BUSH, KASUT DAN ANJING
Bush ducks flying shoes flung by reporter
BAGHDAD — President Bush quickly ducked when a pair of shoes were hurled at him Sunday, but the protest showed it will be tougher to sidestep anger over the war here.
.
"This is a gift from the Iraqis. This is the farewell kiss, you dog," Muntadar al-Zeidi shouted in Arabic as he threw his shoe at Bush during a news conference with Iraqi Prime Minister Nouri al-Maliki. The shoe narrowly missed the president's head.
---------
Saya agak terperanjat dengan berita malam ini. Berita yang agak luar biasa. Seorang pemimpin politik yang sentiasa merasakan dirinya bertindak tepat dan betul akhirnya dihadiahkan campakkan sepasang kasut semasa lawatannya di Iraq. Satu mesej keras buat wakil wartawan Iraq bahawa apa yang diusahakan oleh Bush dan pentadbirannya di Iraq adalah satu kegagalan yang memalukan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman http://www.usatoday.net/ atau http://news.bbc.co.uk/

Sunday, December 14, 2008

Saturday, December 13, 2008

SEMESTER BARU, AZAM BARU DAN TAHUN BARU

Bermula minggu hadapan, 15 Disember-31 Disember, pendaftaran untuk semester ke-2 sesi 2008/2009 akan bermula. Ini bermakna saya akan meneruskan pengajian dalam semester yang ke-4. Walaupun di atas kertas, semester ke-4 ini lazimnya merupakan semester yang terakhir, tetapi ia bergantung kepada keadaan sama ada berjaya menyelesaikan kajian ilmiah ataupun sebaliknya. Jika itu yang berlaku, terpaksalah menyambung lagi pengajian untuk satu semester lagi bagi menyelesaikan kajian tersebut. Tambahan pula, banyak kesukaran yang perlu dihadapi untuk menulis kajian ilmiah dalam bidang sejarah, terutamanya dalam memperoleh sumber-sumber penulisan yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Semestinya bagi memperoleh sumber yang dikehendaki, Arkib Negara Malaysia yang terletak di Jalan Duta wajib dikunjungi, ibarat sudah menjadi rumah kedua. Saya tidak nafikan, hampir 90% sumber kajian terdapat di sini. Sudah tentu, ia menuntut banyak pengorbanan - masa, tenaga, kewangan, juga hati dan perasaan turut 'terkorban' dalam perjuangan ini.

Selain itu, keputusan peperiksaan untuk semester 3 yang lalu turut dikeluarkan pada minggu hadapan. Harapan saya semoga keputusan tersebut lebih baik dari dua semester yang sebelumnya. Sekurang-kurangnya berbaloi jugak bila mengenangkan segala yang telah dilalui selama tiga semester ini. Kalau ada rezeki dan diizinkan Allah s.w.t., insyaallah bulan Ogos tahun 2009 boleh konvo, jika tidak, Ogos 2010. Tetapi, yang penting bagi saya buat masa ini ialah mencuba untuk menamatkan pengajian, tidak kira berapa lama tempoh masa yang digunakan. Mudah-mudahan kita semua sentiasa beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Juga, tahun baru 2009 bakal menjelma. Sudah pasti ada azam yang bakal dilafazkan kelak bagi menyahut cabaran tahun baru.

Sekian, jumpa lagi.....