PARIS 18 Mei - Pemimpin Perancis yang baru dari kerajaan Sosialis, Francois Hollande mengarahkan 30 peratus gaji Presiden dan menteri negara ini dipotong sebanyak 30 peratus, selepas beliau mengadakan satu mesyuarat Kabinet semalam, kata beberapa menteri.
Perdana Menteri, Jean-Marc Ayrault sebelum itu berkata, agenda utama mesyuarat berkenaan adalah mengenai potongan gaji yang menjadi salah satu janji pilihan raya sekali gus menjadi contoh kepada Perancis.
Tindakan itu dipercayai bertujuan bagi menunjukkan perbezaan di antara gaji yang diterima Hollande dan bekas Presiden, Nicolas Sarkozy yang sebelum ini menerima pendapatan 19,000 euro (RM75,241) sebulan. -AFP
(Sumber : http://www.utusan.com.my, 18 Mei 2012)